MENGAMALKAN tabiat pemakanan yang baik pada awal kehidupan langkah penting untuk memastikan penuaan yang sihat.
MENGAMALKAN tabiat pemakanan yang baik pada awal kehidupan langkah penting untuk memastikan penuaan yang sihat.
PEMAKANAN amat penting dalam usaha mencapai kesejahteraan hari tua.
PEMAKANAN amat penting dalam usaha mencapai kesejahteraan hari tua.
Hartini Mohd Nawi


PENUAAN adalah satu proses berterusan yang tidak dapat dielakkan dan perlu dilalui setiap insan.

Biarpun perjalanan usia menjadikan kita semakin berilmu, matang dan berpengalaman, namun penuaan juga boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan.

Apatah lagi Malaysia kini kian mencapai status negara tua kerana semakin ramai warga emas.

Pakar Pemakanan & Bendahari Kehormat, Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Roseline Yap berkata, dianggarkan bahawa menjelang 2040, 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia berumur lebih 60 tahun.

"Pada 2022, kira-kira 7.3 peratus daripada penduduk negara ini berusia 65 tahun dan ke atas.

"Menyedari hakikat ini, kita perlu memikirkan proses penuaan sihat sejak dari awal, untuk memastikan kita dapat menikmati usia emas dengan selesa dan sejahtera," katanya.

Justeru, pemakanan memainkan peranan yang amat penting dalam usaha mencapai kesejahteraan.

Malnutrisi atau kekurangan zat makanan ialah sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh warga emas yang hakikatnya boleh menyebabkan kelemahan tulang, kecenderungan mengalami jangkitan dan pemulihan yang lebih perlahan.

PEMAKANAN yang baik dan tabiat yang lebih sihat amat penting.
PEMAKANAN yang baik dan tabiat yang lebih sihat amat penting.

"Pemakanan optimum bukan sahaja membantu mengatasi cabaran yang dihadapi, tetapi juga membantu menangani kesan penyakit kronik.

"Sehubungan itu, Tinjau Selidik Penuaan Sihat APAC Herbalife Nutrition 2020 melaporkan 44 peratus daripada responden Malaysia yakin dengan keupayaan mereka untuk meniti usia emas dengan sihat manakala 88 peratus menyatakan mereka sudah mengambil langkah proaktif untuk mencapai matlamat itu.

"Hasil tinjauan ini amat menggalakkan dan momentum itu hendaklah diteruskan supaya lebih ramai rakyat Malaysia proaktif dalam usaha mengamalkan tabiat pemakanan yang lebih baik," katanya.

Malah badan kita memerlukan pelbagai nutrien berbeza untuk berfungsi secara optimum.

MEMENUHI keperluan pemakanan penting dalam mengekalkan fungsi badan dan menyokong penuaan yang sihat.
MEMENUHI keperluan pemakanan penting dalam mengekalkan fungsi badan dan menyokong penuaan yang sihat.

Keperluan ini perlu dipenuhi menerusi pengambilan pemakanan harian berasaskan konsep Suku-Suku-Separuh dan membabitkan kumpulan makanan berbeza untuk membekalkan nutrien yang seimbang.

"Kajian berkenaan penuaan juga mendapati kerosakan sel dan tisu yang dialami akibat radikal bebas yang terbitan oksigen kian bertambah seiring peningkatan usia dan menyebabkan proses penuaan.

"Bagi mengurangkan kesan ini, antioksidan dipercayai mengurangkan kerosakan radikal bebas yang seterusnya berpotensi mengurangkan kadar penuaan.

MEMENUHI keperluan pemakanan penting dalam mengekalkan fungsi badan dan menyokong penuaan yang sihat.
MEMENUHI keperluan pemakanan penting dalam mengekalkan fungsi badan dan menyokong penuaan yang sihat.

"Justeru, kita hendaklah mengambil pelbagai jenis makanan yang kaya dengan antioksidan. Salah satu antioksidan yang berkesan ialah asid alfa-lipoik yang boleh didapati secara semula jadi dalam makanan yang kita makan dan badan kita," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Oktober 2023 @ 6:20 AM