Penggunaan produk penjagaan gigi palsu yang betul dapat membantu pemakai gigi palsu berasa lebih selesa dan yakin. - FOTO Hiasan
Penggunaan produk penjagaan gigi palsu yang betul dapat membantu pemakai gigi palsu berasa lebih selesa dan yakin. - FOTO Hiasan
Mohammad Asyraf Khalib

RAMAI di antara kita senyum, bercakap dan mengunyah makanan tanpa berfikir panjang.

Bagaimanapun, perkara yang kita sangka mudah ini mungkin menjadi sukar bagi orang lain, terutamanya bagi mereka yang memakai gigi palsu.

Gigi palsu yang boleh dipakai dan ditanggalkan, dibuat untuk menggantikan gigi yang hilang.

Walaupun ia tampak sama seperti semula jadi, namun pemakai gigi palsu mungkin akan mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri kerana gigi palsu sepuluh kali lebih lembut daripada gigi asli.

Ia menjadi lebih sukar ketika mengunyah sekali gus membuatkan pemakai gigi palsu tidak dapat menikmati makanan kegemaran mereka.

Bagi sesetengah orang, gigi palsu menghalang pertuturan kerana huruf tertentu seperti 'S' dan 'F' cenderung sukar untuk disebut.

Oleh itu, pemakai gigi palsu mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan cara mereka bercakap.

Bukan itu sahaja, mereka juga mungkin malu atau bimbang bahawa alat prostetik akan terkeluar dari tempatnya.

Semua faktor ini boleh memberi kesan kepada kualiti hidup dan keyakinan diri pemakai gigi palsu.

Senyum dengan yakin

Memahami kesukaran pemakai gigi palsu, jenama penjagaan gigi palsu Polident ingin membantu mereka dengan Krim Pelekat Gigi Palsu Polident dan Pembersih Gigi Palsu Anti-Bakteria Polident 3-Minute.

Dengan Polident Denture Adhesive, gigi palsu dapat melekat di permukaan gigi asli dengan selesa sehingga 12 jam, jadi pemakai gigi palsu boleh senyum, makan dan bercakap dengan yakin.

Ia juga terbukti secara klinikal dapat meningkatkan daya gigitan sebanyak 38 peratus* dan menghalang partikel makanan daripada terperangkap di antara gigi palsu dan gusi.

Pembersih POLIDENT bukan peranti perubatan - FOTO POLIDENT

Selain itu, Pembersih Gigi Palsu Anti-Bakteria Polident 3-Minute dirumus khas untuk membersih gigi palsu dengan lebih mendalam.

Ia bukan sahaja membunuh 99.9 peratus bakteria penyebab bau, ia juga boleh membantu menghilangkan kesan degil dan pembentukan plak.

Pembersih ini membunuh 10 kali lebih banyak bakteria daripada ubat gigi biasa**, memastikan gigi palsu lebih bersih dan segar setiap hari.

Ketahui lebih lanjut tentang produk Polident hari ini di sini atau beli di Shopee.

*berbanding tiada pelekat selepas satu jam
** rendam sahaja, dalam ujian makmal

Didaftarkan di bawah Akta 737. GMD92437200117A. GMD62208200217A. MDAMD 0078/2023

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2023 @ 6:30 PM