Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) ketika menghadiri pelancaran kempen #BetterOralCareNation. - FOTO Haleon
Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) ketika menghadiri pelancaran kempen #BetterOralCareNation. - FOTO Haleon
Suliati Asri

DALAM usaha meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan gigi di seluruh negara, Haleon dengan kerjasama Persatuan Pergigian Malaysia (MDA) melancarkan kempen #BetterOralCareNation.

Kempen yang berlangsung bermula 1 Mei ini akan menyediakan 72,000 pemeriksaan gigi percuma. 

Bukan itu saja, kempen yang turut diadakan bagi menyokong Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan ini juga akan menyediakan aktiviti pendidikan untuk meningkatkan  literasi kesihatan pergigian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengurus Besar Malaysia, Singapura dan Brunei (MSB) Haleon Bryan Wong berkata, sebagai syarikat terkemuka dunia yang 100 peratus memberi tumpuan kepada kesihatan harian, pihaknya mempunyai peluang yang unik untuk membantu memecahkan halangan sosial dan alam sekitar yang menghalang orang ramai daripada kesihatan harian yang lebih baik.

Wong ketika memberikan ucapan pada hari pelancaran kempen #BetterOralCareNation. - FOTO Haleon

"Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan tabiat menjaga kesihatan mulut dalam kalangan rakyat Malaysia dan membina kesedaran mengenai keadaan kesihatan mulut seperti sensitiviti gigi dan peridontitis.

"Ini kerana, perkara itu boleh dicegah melalui kebersihan mulut yang berkesan.

"Kami juga komited untuk menyokong peningkatan kesihatan mulut setiap hari dan berharap menerusi kerjasama dengan MDA ini, kempen ini terus mendidik dan memperkasa masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan mulut setiap hari," katanya.  

Sementara itu, Presiden MDA Dr Lim Chiew Wooi berkata, kes global untuk penyakit mulut meningkat sebanyak satu bilion dalam tempoh 30 tahun lalu sekali gus menunjukkan bahawa penyakit mulut adalah keadaan kesihatan yang biasa di seluruh dunia.

Katanya, hanya 16 peratus rakyat Malaysia yang berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangan dua kali setahun.

"Perkara ini sangat membimbangkan kerana mengabaikan kesihatan mulut bukan sahaja boleh meningkatkan risiko terdedah kepada periodontitis atau hipersensitiviti dentin lanjutan dengan ketara, tetapi juga meningkatkan risiko kepada penyakit lain.

"Individu yang menghidap beberapa jenis penyakit periodontal lebih dua kali berkemungkinan untuk didiagnosis dengan penyakit jantung yang disebabkan oleh plak dan bakteria yang memasuki badan melalui gusi," katanya.

Penyakit mulut seperti periodontitis juga mempunyai implikasi kesihatan yang lebih luas dan ia dikaitkan dengan kesihatan sistemik yang lemah serta penyakit tidak berjangkit (NDC) termasuk diabetes dan penyakit kardiovaskular.

Sebahagian besar masyarakat beranggapan masalah kesihatan mulut dianggap sebahagian besar boleh dicegah melalui kebersihan mulut yang berkesan, namun prevalensnya masih tinggi.

Menurut Laporan Status Kesihatan Pergigian Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang terkini, penyakit mulut menjejaskan kira-kira 3.5 bilion orang di seluruh dunia.  

Di Malaysia, 94 peratus rakyat negara ini mengalami masalah gusi dan 88.9 peratus pernah mengalami kaviti gigi seperti yang dibentangkan dalam Kajian Kesihatan Pergigian Kebangsaan Orang Dewasa (NOHSA) pada 2010.

Kajian berasingan yang dijalankan Haleon iaitu antara penyedia pakar kesihatan mulut dan pembuat Sensodyne terbesar di dunia yang dijalankan dengan kerjasama Kantar pula menunjukkan 71 peratus rakyat Malaysia mengalami gejala sensitiviti gigi. 

Acara memotong riben sebagai simbolik kerjasama antara Haleon dengan Persatuan Pergigian Malaysia. - FOTO Haleon

Oleh itu, sebagai sebahagian daripada usaha pendidikan menerusi kempen ini, jenama ubat gigi sensitiviti yang disyorkan doktor gigi Haleon iaitu Sensodyne akan turut melancarkan aktiviti di lapangan dengan kerjasama profesional penjagaan kesihatan, pencipta kandungan sosial dan pempengaruh untuk memacu kesedaran, pendidikan dan pemahaman mengenai kesan kesihatan mulut yang lemah.  

Bersempena sambutan hari Kesihatan Oral Sedunia 2023 peringkat Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkesempatan berkunjung ke reruai pameran Sensodyne Bi bank Negara Malaysia, baru-baru ini.

Acara terbabit juga mengumumkan Dasar Kesihatan Oral Kebangsaan yang menetapkan matlamat untuk menjelaskan strategi dan tindakan bagi menyampaikan penjagaan kesihatan oral yang lebih baik kepada semua rakyat Malaysia selain memperkasa mereka untuk terus mempertingkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai lokasi klinik dan aktiviti sepanjang kempen ini berlangsung, ikuti laman Facebook dan Instagram rasmi Sensodyne Malaysia atau layari www.sensodyne.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2023 @ 10:21 AM