SENAMAN membuatkan kelihatan awet muda.
SENAMAN membuatkan kelihatan awet muda.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


FAEDAH senaman memberikan kesan yang luar biasa terhadap kesihatan dan boleh memanjangkan usia.

Sebaliknya, gaya hidup sedentari (tidak aktif) yang selalu dilakukan apabila usia meningkat boleh memendekkan jangka hayat seseorang.

Fakta sains menunjukkan tabiat senaman dapat melambatkan penuaan dan menjadikan badan serta otak 10 tahun lebih muda.

1.Bersenam menjadikan awet muda dalaman dan luaran

Peningkatan usia menyebabkan badan kehilangan jisim otot.

Selain itu, individu juga berisiko mengalami masalah kesihatan kronik seperti demensia, penyakit jantung, fungsi sistem imun berkurangan dan sebagainya.

Ini memberi cabaran untuk proses pemulihan yang cepat daripada penyakit atau kecederaan.

Senaman secara berkala memberi manfaat kepada keseluruhan badan termasuk jantung, paru-paru, otok dan kulit.

Ia dapat melancarkan peredaran darah, oksigen dan 'penghantaran' nutrien diperlukan ke semua organ penting.

Senaman adalah 'rakan akrab' kepada mereka yang ingin mengekalkan awet muda.

2. Senaman konsisten boleh menghalang proses penuaan

Kajian dilakukan Universiti Birmingham mendapati senaman berterusan sepanjang hayat dapat melambatkan proses penuaan.

Dalam kajian ini menjalankan pemerhatian terhadap dua kumpulan warga emas berusia di antara 55 hingga 79 tahun yang melakukan senaman secara rutin manakala satu lagi kumpulan warga emas tidak bersenam secara berkala.

Penemuan kajian mendedahkan individu yang konsisten bersenam dapat melewatkan proses penuaan dan mereka lebih sihat.

Berbanding satu kumpulan itu, mereka mempunyai masalah tinggi kolesterol, jisim otot rendah dan tahap imun rendah.

3. Senaman aerobik memberikan banyak kebaikan kepada jantung

Penyelidik membuktikan senaman berkala terutama senaman dinamik dengan tahap intensiti sederhana yang melebihi 70 hingga 80 peratus daripada kadar denyutan maksimum jantung seperti aktiviti aerobik, berbasikal dan jalan pantas dapat mengurangkan kesan penuaan. Senaman ini dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

4.Belum terlambat mengubah gaya hidup tidak aktif

Kajian dilakukan oleh UT Southern dan Texas Health Resources mendedahkan bahawa pergerakan aktif dapat mengelakkan risiko kegagalan fungsi jantung.

Sekiranya sudah terbiasa dengan gaya hidup sedentari, senaman rutin perlu dimulakan sebelum usia 65 tahun. Sebaik-baiknya lakukan senaman empat hingga lima kali seminggu.

5. Boleh melambatkan penuaan otak

Senaman boleh membuatkan otak 10 tahun muda. Kajian diterbitkan dalam jurnal perubatan 'America Academy of Neurology' mendapati individu tidak melakukan senaman atau kurang bersenam mengalami kemerosotan fungsi otak secara perlahan-lahan.Berbanding warga emas yang aktif bersenam tahap daya ingatan mereka masih baik dan semakin meningkat.

Kajian daripada University of Miami mendapati senaman yang teratur dapat mengekalkan kebolehan fungsi kongnitif mereka lebih lama.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2022 @ 6:47 AM