SARANAN minum satu sudu minyak zaitun pada setiap pagi.
SARANAN minum satu sudu minyak zaitun pada setiap pagi.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


KITA disyorkan memulakan hari dengan minum satu sudu minyak zaitun setiap pagi.

Ini kerana pengambilan minyak zaitun ketika perut kosong memberikan pelbagai manfaat kesihatan yang tidak diketahui ramai.

Jurnal 'American College of Cardiology' melaporkan, pengambilan satu sudu minyak zaitun setiap hari dikaitkan dengan 12 peratus mengurangkan risiko kematian berbanding mereka yang jarang atau tidak pernah mengambil minyak zaitun.

Enam sebab mengapa perlu menjadikan pengambilan minyak zaitun sebagai amalan harian.

1. Membantu penurunan berat badan

Idea untuk mengambil minyak zaitun adalah daripada amalan diet Mediterranean.

Walaupun sebahagian daripada mereka menentang, amalan ini didapati berkesan membantu menurunkan berat badan.

Minyak zaitun mempunyai asid dipanggil asid oleik yang memberikan rasa kenyang dan menggalakkan rasa kenyang.

2. Detoksifikasi

Menurut beberapa pakar, detoksifikasi menggunakan minyak zaitun dan lemon mempunyai manfaat untuk sistem penghadaman dalam jangka pendek.

3. Mencegah barah kolon

Berdasarkan pelbagai kajian, minum minyak zaitun extra virgin boleh menghalang pembentukan radikal bebas dalam badan dan mengurangkan risiko barah kolon.

Ini kerana minyak zaitun tinggi kandungan antioksidan.

4. Kulit sihat

Setiap makanan yang tinggi kandungan antioksidan sangat bagus untuk kesihatan kulit.

Sama seperti Vitamin E, antioksidan juga boleh melambatkan proses penuaan kulit kerana minyak zaitun mempunyai banyak kedua-duanya nutrien itu.

5. Melegakan sembelit

Minum minyak zaitun boleh melegakan sembelit yang dialami kira-kira 34 peratus orang dewasa berumur 60 tahun ke atas.

Dalam kajian selama empat minggu ke atas 50 pesakit yang menjalani rawatan dialisis mengalami masalah sembelit mendapati pengambilan kira-kira satu sudu teh (empat mililiter) minyak zaitun setiap hari dapat melembutkan najis mereka.

Ia seterusnya memudahkan proses membuang air besar.

6. Manfaat kesihatan jantung

Minyak zaitun sudah lama diakui sebagai lemak yang menyihatkan jantung.

Asid oleik adalah satu komponen yang memainkan peranan dalam penyokong kesihatan jantung.

Kandungan tinggi asid oleik dalam minyak zaitun juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 January 2022 @ 6:30 AM