SELAIN minyak telon, boleh juga ditukar minyak bayi lain dengan menggunakan bahan alami dari dapur.
SELAIN minyak telon, boleh juga ditukar minyak bayi lain dengan menggunakan bahan alami dari dapur.
Nurul Husna Mahmud

Setiap kali bayi selesai mandi atau ditukar lampin sebelum tidur atau di awal pagi, rutin biasa adalah mengenakan minyak telon.

Minyak telon asasnya mengandungi tiga jenis minyak iaitu minyak kayu putih, kelapa dan adas selain mempunyai banyak kebaikan bagi bayi.

Ia membantu mengelak masalah kembung perut sering berlaku pada bayi selain menghindari gigitan serangga terutama nyamuk.

Minyak telon yang mempunyai aroma herba turut memberi haruman terapi membantu bayi mudah nyenyak.

Namun pemakaian minyak itu boleh ditukar dengan penggunaan minyak bayi lain atau menggunakan bahan alami dari dapur rumah.

Bukan sahaja mudah malah boleh disesuaikan mengikut aroma dan kesesuaian kulit bayi anda.

MINYAK kelapa dara antara minyak sesuai pada bayi dan boleh menggantikan minyak telon.
MINYAK kelapa dara antara minyak sesuai pada bayi dan boleh menggantikan minyak telon.

Minyak kelapa

Minyak kelapa dara antara minyak sesuai pada bayi dan boleh menggantikan minyak telon.

Penggunaan minyak berkenaan bersama bahan alami contohnya halia dan madu boleh mengatasi masalah kembung perut, sembelit atau batuk.

Ia juga boleh mengatasi masalah kulit berkerak yang sering dialami bayi terutama di bahagian kepala.

Penyediaan ramuan minyak kelapa dara bersama herba untuk atasi masalah kembung dan batuk.

Kaedah penyediaan

Satu mangkuk minyak kelapa dara dimasak bersama halia saiz ibu jari dan setengah sudu kecil lada hitam selain serai diketuk.

Masak dengan api kecil sehingga bahan berkenaan sebati atau bertukar warna. Sebaik sejuk pindah dalam bekas sesuai.

SELAIN melembapkan kulit, minyak zaitun juga antioksida dan menangkis antigen tidak baik pada badan bayi.
SELAIN melembapkan kulit, minyak zaitun juga antioksida dan menangkis antigen tidak baik pada badan bayi.

Minyak zaitun

Seperti minyak zaitun dara yang mempunyai kebaikan pada dewasa, bayi juga boleh menggunakan minyak sama untuk tujuan kesihatan.

Kebaikan minyak zaitun selain melembapkan kulit, ia juga antioksida dan menangkis antigen tidak baik pada badan bayi.

Sesuai sebagai minyak urutan, tambahan herba boleh meningkat fungsi lain minyak itu seperti membuang angin dan aroma terapi.

Kaedah penyediaan

Satu mangkuk minyak zaitun dicampur bersama pati mint atau boleh guna daun sebenar dan dicarik dan diletakkan dalam minyak.

Panaskan minyak terbabit dan masukkan herba buah pala. Apabila sudah ada aroma unik padam api dan biarkan sejuk untuk digunakan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2020 @ 6:40 AM