CLEAROGOUT penyelesaian peneutralan asid urik untuk masalah gout!
CLEAROGOUT penyelesaian peneutralan asid urik untuk masalah gout!
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


SEBAGAI penggemar tipikal makanan Malaysia, Zack suka makan daging dan pelbagai jenis makanan laut terutama daging merah, bahagian organ dalaman serta kerang.

Biasanya, makanan harian beliau terdiri daripada daging, daging dan lebih banyak daging. Tiada yang lebih memuaskan baginya daripada menikmati keenakan daging tumis, kari kambing, rebusan daging lembu, daging panggang, stik, udang goreng mentega dan sotong goreng - anda dapat gambarkannya.

Bagaimanapun, Zack sedang mengalami kesakitan yang amat sangat, bengkak dan sensitif di salah satu ibu jari kakinya sejak seminggu lalu.

Kerana kesakitan yang berterusan, dia berasa sukar untuk melakukan perkara paling mudah seperti memakai stoking. Malah, berat selimut di ibu jari kakinya juga terasa amat menyeksakan.

Apa dialami oleh Zack adalah sakit gout - dan ramai lagi yang mengalaminya.

Memahami Gout

Gout - sejenis arthritis yang menyebabkan serangan radang secara mendadak dan sangat menyakitkan - ia berlaku apabila asid urik dalam badan anda mencapai tahap sangat tinggi.

Asid urik adalah produk kumuhan yang terkumpul di dalam badan apabila anda mengambil makanan dan minuman kaya dengan purin seperti makanan laut bercengkerang serta daging merah secara berlebihan.

Lama-kelamaan, asid urik yang terkumpul mengkristal dan mendap di sendi lalu menyebabkan gout.

Simptom biasa gout adalah:

Ibu jari kaki bengkak dan sensitif

Sendi yang meradang, merah, panas dan sakit

Terlalu sensitif dan terasa amat sakit apabila disentuh

Julat pergerakan yang terhad

Ketidakselesaan yang berlarutan antara beberapa hari hingga beberapa minggu

Tophi (benjolan keras yang terbentuk ketika kristal asid urik terkumpul di sendi anda dan secara beransur-ansur mengikis tisu sekitar sendi anda)

Kecacatan sendi

Bebaskan Diri Anda Daripada Sakit Gout Hari Ini Dengan Clearogout

Sekiranya kualiti hidup anda dipengaruhi oleh sakit gout selama ini, anda tidak perlu risau lagi.

Memperkenalkan Clearogout, penyelesaian peneutralan asid urik untuk masalah gout!

Apabila diambil setiap hari, Clearogout terbukti berkesan untuk membantu:

Mencegah sakit gout

Menyingkir asid urik

Mencegah kristalisasi asid urik

Clearogout bertindak dengan memecahkan kristal asid urik yang terkumpul di sendi anda.

Ini bukan sahaja dapat mengurangkan tetapi juga mencegah kristal asid urik daripada terbentuk pada masa hadapan - oleh itu, bebaskan anda daripada simptom gout yang menyakitkan dan kembalikan kualiti hidup anda!

Dipek dalam sachet yang memudahkan, anda boleh mengambil Clearogout bila-bila masa, di mana sahaja - sama ada anda berada di kediaman sendiri atau dalam perjalanan.

Tidak mengandungi apa-apa gula atau pemanis tiruan seperti aspartam dan sakarin, Clearogout adalah sesuai serta selamat untuk orang dewasa.

Boleh didapati disemua farmasi berangkai terkemuka dan bebas di seluruh negara.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Clearogout, sila hubungi Live-well INFOline di 03-6142 6570 (Isnin - Jumaat, 9 pagi - 5 petang) atau e-mel kepada kami di [email protected].

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.livewell2u.com

Ini adalah iklan produk ubat. MAL 2017 2747 XC.

KKLIU 2724/2020. TTT: 31

Dissember 2022

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2020 @ 6:18 AM