Warga kerja AsterEdu teruja sebaik menerima anugerah di Mandarin Oriental Hotel baru-baru ini
Warga kerja AsterEdu teruja sebaik menerima anugerah di Mandarin Oriental Hotel baru-baru ini

Kuala Lumpur: AsterEdu optimis mendidik anak bangsa walaupun mengakui benar silibus matematik kini makin sukar.

Malah penerima Anugerah Inovasi dan Digitalisasi Penerbitan Buku Akademik Terbaik 2022 anjuran Malaysia Education & TVET Award 2022 berlangsung di Hotel Mandarin Oriental di ibu kota 20 Oktober lalu tetap menyokong Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa silibus matematik yang telah dirangka ini adalah yang terbaik untuk mendidik anak bangsa.

Bahkan sejak diasaskan pada 2015, AsterEdu terus fokus membantu pelajar memahami subjek matematik dan matematik tambahan dengan kaedah yang tersendiri walaupun umum tahu silibus kini makin sukar.

Akui pengarahnya, Ra'fat Wajdy Muhammad, golongan guru turut menerima tempias bebanan silibus yang sukar ini sebagai satu cabaran dan perlu lebih berinovatif ketika mengajar.

"Di AsterEdu, apabila kami menghadapi cabaran ini, inisiatif dan inovatif kami adalah menerbitkan buku Master Your Algebra yang menyediakan jawapan dalam bentuk video. Kita tahu untuk menguasai silibus matematik sekarang, pelajar perlukan kemahiran Algebra yang tinggi.

"Dengan adanya buku ini, pelajar boleh kuasai Algebra di luar waktu kelas dan jika perlukan bantuan, hanya menonton skema jawapan dalam bentuk video. Kami sudah buktikan 100,000 pelajar berjaya ubah gred matematik hanya dengan buku ini sahaja.

"Malah, kini hampir 100 buah sekolah sudah menggunakan buku berkenaan sebagai langkah alternatif untuk guru mudah mengajar silibus matematik terkini dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P)," katanya.

Menurut Ra'fat lagi, hingga kini, jenama akademik berkenaan selain sudah berjaya membantu ratusan pelajar, turut sekali gus memudahkan guru di Malaysia dalam proses pengajaran.

Majlis penyampaian anugerah, dari kiri, Naib Presiden AsterEdu, Shahrin Zikri dan Najmie Naharuddin (Ketua Pegawai Perniagaan AsterEdu) disampaikan Pengarah, Bahagian Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pendidikan, Zanariah Ahmad
Majlis penyampaian anugerah, dari kiri, Naib Presiden AsterEdu, Shahrin Zikri dan Najmie Naharuddin (Ketua Pegawai Perniagaan AsterEdu) disampaikan Pengarah, Bahagian Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pendidikan, Zanariah Ahmad

Katanya, golongan ibu bapa perlu lebih pro aktif dalam menangani perkara berbangkit.

Ra'fat berkata AsterEdu terus bersemangat meneruskan misi dan visi diperjuangkan selama ini iaitu membantu 1 juta pelajar ubah gred matematik hanya dengan menggunakan buku Aster.

Pihaknya juga menerima perkembangan positif pengguna buku ditawarkan semasa peperiksaaan SPM baru-baru ini.

"Buku latihan matematik viral yang kami tawarkan selama ini bukan biasa-biasa dan diterbitkan dwi bahasa. Ia bersifat fizikal dan interaktif digital terutama untuk pelajar yang lemah matematik.

"Tiga koleksi buku kami terbitkan termasuklah Math Power Tahun 4,5 dan 6, Master Your Algebra Tingkatan 1 sehingga 5 dan Anchor Addmath Tingkatan 4 dan 5. Ia juga diterbitkan mengikut silibus pembelajaran terkini kurikulum standard sekolah menengah dan rendah. Termasuk penekanan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

"Setiap harga buku dijual dengan harga promosi, RM60 dan penghantaran percuma. Namun jika dibeli dengan lima unit ke atas, harga set promosi ditawarkan. Boleh tekan pautan www.bukumathviral.com untuk lanjutan," katanya.

Ditanya mengenai penganugerahan yang baru diterima, Ra'fat enggan terus selesa dengan apa diraih sebaliknya mahu bantu satu juta pelajar pada tahun depan hanya dengan buku terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2022 @ 11:47 AM