Wan Nur Ameera Meor Rozman


Menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan berkaitan subjek Matematik? Jangan risau. Dengan perkembangan teknologi masa kini, anda berupaya menyelesaikan ini dengan mudah tanpa ragu-ragu.

Dengan jutaan pengguna Cymath.com di seluruh dunia, aplikasi Cymath yang menggunakan enjin Matematik sama mampu membantu anda menyelesaikan soalan Matematik di mana saja dan pada bila-bila masa.

Hanya memasuk atau meletakkan permasalahan Matematik ke dalam aplikasi, Cymath dapat membantu anda menyelesaikan soalan langkah demi langkah.

Meliputi pelbagai topik Matematik seperti praalgebra, algebra dan kalkulus, aplikasi ini sesuai untuk pelajar, guru, pensyarah dan ibu bapa yang cuba membantu menyelesaikan soalan Matematik anak mereka.

Antara topik algebra yang terdapat dalam aplikasi ini termasuk equation solving, factoring, logarithms, exponents, complex numbers, quadratic equations, trigonometry, partial fraction dan polynomial division .

Manakala topik untuk kalkulus pula merangkumi product rule, quotient rule, chain rule, u-substitution, integration by parts, integration by partial fraction, trigonometric substitution, rationalizing substitution dan banyak lagi.

Cymath boleh dimuat turun daripada Play Store serta boleh diguna pakai oleh pengguna Android.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 1:39 PM