Najiy Jefri

Shah Alam: Pelakon, Hafidz Roshdi mengakui sudah tidak minggu tidak bertemu anak-anaknya kerana diminta tidak mengganggu pihak isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

"Alhamdulillah, saya okey. Tiada sebarang komunikasi bersama Nurul Shuhada. Saya diminta untuk tidak mengganggu pihak Shuhada dan saya mengambil keputusan untuk tidak berkomunikasi," katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini.

Menurut Hafidz, dia sudah tiga minggu tidak bertemu anak-anaknya dan menyerahkan urusan bertemu anak kepada peguam.

"Itu urusan antara peguam dengan peguam. Setakat ini, belum lagi bertemu anak. Kalau diikutkan, sudah lebih kurang tiga minggu. Saya berkomunikasi dengan anak menerusi panggilan telefon dan video," katanya.

Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, dia berharap kemelut rumah tangganya dapat diselesaikan secara baik.

"Semoga saya dan pihak sana dapat selesaikan dengan cara baik. Tiada sebarang benda yang merumitkan, semuanya baik-baik saja," katanya.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula kes cerai Hafidz dan isterinya, Nurul Shuhada berhubung isu lafaz cerai yang dibuat Hafidz, sebanyak dua kali.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

SHAH ALAM 21 MAC 2023. Pelakon, Hafidz Roshdi, 29, tiba di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam berikutan kontroversi Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian pada 27 Februari lalu. NSTP/ASYRAF HAMZAH
SHAH ALAM 21 MAC 2023. Pelakon, Hafidz Roshdi, 29, tiba di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam berikutan kontroversi Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian pada 27 Februari lalu. NSTP/ASYRAF HAMZAH

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mac 2023 @ 1:29 PM