Nurul Shuhada Mat Shukri hadir  di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam  bagi pengesahan lafaz cerai terhadap suaminya, Hafidz Rosdi. FOTO FAIZ ANUAR
Nurul Shuhada Mat Shukri hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi pengesahan lafaz cerai terhadap suaminya, Hafidz Rosdi. FOTO FAIZ ANUAR
Syafil Syazwan Jefri & Ramlah Zainal


Shah Alam: "Insya-Allah, hari ini, 'setel' (selesai)," kata Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, ketika tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, jam 9.10 pagi tadi. 

Shuhada yang berbusana putih memohon doa agar semuanya berjalan dengan lancar.  

"Doakan yang terbaik untuk saya. Semangat bangun pagi hari ini.  

"Tadi, ada orang ingat saya nak pergi nikah (berbaju putih). Tapi, saya nak pergi bercerai. Terkejut makcik itu," katanya kepada Harian Metro. 

Sementara itu, suaminya yang juga pelakon, Hafidz Roshdi, 29, turut tiba di mahkamah seminit kemudian dan berharap semuanya dapat diselesaikan dengan baik hari ini. 

"Insya-Allah, semuanya akan selesai dengan baik," katanya. 

Shuhada dan Hafidz hadir pagi ini untuk keputusan pengesahan lafaz cerai untuk perkahwinan mereka. 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Julai 2023 @ 10:04 AM