NADIA (kiri), Marissa dan Aslam (sebelah kanan)
NADIA (kiri), Marissa dan Aslam (sebelah kanan)
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Kakak kepada Umisya Mazlan iaitu Nadia mempersoalkan tindakan satu jenama tempatan yang memuat naik video bagi melariskan produk tanpa memikirkan perasaan adiknya.

Nadia mempertahankan adiknya yang dikatakan turut menjadi model jenama itu bersama madunya, Marissa Dania Hakim dan suami mereka, Ahmad Aslam.

Nadia menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story menjelaskan, Umisya tidak tahu-menahu mengenai kehadiran Marissa yang turut menjadi model untuk jenama berkenaan.

"Saya pasti kamu semua ada perasaan, ada hati, 'common sense', akhlak dan ambil peduli tentang perasaan orang lain. Untuk pengetahuan, Umisya memang tak tahu langsung yang waktu penggambaran produk tu, perempuan ini juga 'shoot' produk yang sama.

"Dan bila dah sampai lokasi penggambaran baru tahu. Pada masa itu juga sudah diberitahu jangan 'post' benda-benda yang boleh membabitkan mereka berdua iaitu Umisya dan perempuan itu.

"Saya kakak kepada Umisya. Saya komen ni sebab saya perlu pertahankan adik saya. Jangan jadikan bahan ni sebagai 'marketing' (pemasaran) kalian. Tolong jadi manusia yang punya ihsan terhadap manusia lain," tulisnya.

Dalam pada itu, Nadia turut meminta pihak jenama itu bertaubat dan memohon maaf kepada Umisya kerana menjadikan adiknya sebagai kandungan untuk menaikkan nama produk itu.

"Bertaubat dan minta maaf pada Umisya kerana mungkin dalam keasyikan, kerasukan dan kesungguhan untuk menaikkan produk jenama kalian, sampai melukakan hati manusia yang sememangnya sudah lama terluka.

"Sebaik baik manusia, adalah manusia yang berbuat kebaikan pada manusia lain. Tolong! Biarlah semua orang bercakap buruk pada dia, tapi kami kakak-kakak akan selalu pertahankan adik kami," tulisnya.

Nadia turut berkongsi paparan skrin komen netizen yang juga menjelaskan Umisya hanya mengetahui perkara itu selepas jenama itu memuat naik foto Marissa di laman sosialnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2024 @ 3:10 PM