AINA Abdul calon pilihan di AJL38. - FOTO Rohanis Shukri
AINA Abdul calon pilihan di AJL38. - FOTO Rohanis Shukri
Ramlah Zainal


Pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) nyata dikuasai barisan komposer dan penyanyi muda berbakat.

Ketua juri saingan Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) ke-38, Datuk Mokhzani Ismail berkata, selain bakat, ilmu dipelajari dan evolusi teknologi turut membantu menyerlahkan lagu ciptaan generasi baharu.

"Kreativiti komposer muda cukup menyerlah apabila lagu ciptaan masing-masing mengetengahkan elemen moden dengan bantuan teknologi terkini.

"Bakat muda juga memiliki kelebihan kerana mereka bukan sahaja menyanyi, sekali gus mencipta lagu dan buat susunan muzik sendiri," katanya.

Menurut Mokhzani, ada tiga lagu etnik kreatif terpilih ke peringkat akhir di mana melodinya bukan tipikal lagu tradisional yang pernah dihasilkan pada edisi penganjuran kali ini.

"Ia bukan dengan bantuan teknologi semata-mata sebaliknya bakat semula jadi dan minat membantu bakat muda itu menghasilkan karya yang bukan sahaja sedap didengar, sekali gus berkualiti," katanya.

Ditanya cabaran yang dihadapi barisan juri untuk menilai 29 lagu yang dipertandingkan pada edisi penganjuran acara berprestij itu kali ini, kata Mokhzani, sebahagian besar lagu yang dipertaruhkan juga bergenre balada.

"Daripada 29 lagu tersenarai, 17 karya bergenre balada dan kami hanya memilih tujuh lagu kerana melodinya tidak 'stereotaip' dan lirik mudah difahami," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) dan Primeworks Studios (PWS), Nini Yusof berkata, program Muzik-Muzik dan AJL adalah medan bagi meraikan karyawan seni tempatan pada setiap tahun.

Katanya, walaupun pihaknya banyak menerima permohonan daripada negara luar iaitu Nusantara untuk memasukkan lagu gubahan negara serantau, tetapi syarat asal dikekalkan untuk mengutamakan hasil karya tempatan.

INILAH Jalan nyanyian Masdo turut bersaing di pentas akhir AJL38. - FOTO Rohanis Shukri
INILAH Jalan nyanyian Masdo turut bersaing di pentas akhir AJL38. - FOTO Rohanis Shukri

LAGU duet Jamal dan Wany berjudul Kucuma tidak ketinggalan bersaing di AJL38. - FOTO Rohanis Shukri
LAGU duet Jamal dan Wany berjudul Kucuma tidak ketinggalan bersaing di AJL38. - FOTO Rohanis Shukri

"Kami sanggup berbelanja besar dan tidak berkira untuk menganjurkan acara di stadium kerana sentiasa mahu beri yang terbaik pada acara berprestij ini.

"Memang ada acara hiburan yang dianjurkan persatuan berkaitan industri muzik dan rakaman, tetapi sudah lama tidak dilaksanakan," katanya.

Lagu yang bersaing di pentas akhir AJL38 antaranya karya penyanyi dan komposer terkenal Aina Abdul menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu dan lagu kontroversi, Astana nyanyian Ernie Zakri yang juga ciptaan bersama Omar K, Syamel dan Shazriq Azeman.

Turut mara lagu Bintang (Hael Husaini), Sutera (Aisha Retno/Aisha Retno dan MFMF/Aisha Retno); Santai (Naqiu/Faizal Tahir); Inilah Jalan (Masdo/Noh Salleh) dan Darah (Marsha Milan/Naim Daniel dan Firdaus Rahmat).

Selain itu, lagu Kalam (Shiha Zikir/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat); Hasrat (Amir Jahari/Amir Jahari) dan Kucuma (Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah/A Ramlee dan Ezra Kong/A Ramlee dan Ezra Kong).

Tidak ketinggalan, lagu duet iaitu Waktu (Hasif Upin dan Ziana Zain/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar dan Nabila Razali/Amylea).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Disember 2023 @ 6:49 AM