Barisan finalis Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) - FOTO XTRA
Barisan finalis Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) - FOTO XTRA
Siti Nur Qurratul'aina Quddus

BAHANG kehangatan pertandingan muzik tahunan, Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) yang bakal disiarkan pada Ahad ini, 12 Februari kian terasa.

Sebanyak 12 buah lagu yang bakal dipertandingkan di malam berprestij tersebut dengan menampilkan penyanyi-penyanyi berpengalaman dengan gimik hebat di pentas AJL 37.

Image

Lagu-lagu yang bakal menjadi juara AJL 37

Anugerah Terindah
Penyanyi: Alif Satar
Lirik: Alif Satar, Shah Shamshiri dan Romeo
Komposer: Alif Satar, Romeo, Tam Cobain dan Efry Arwis

Debu
Penyanyi: Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi
Lirik: Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim
Komposer: Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim

Korban
Penyanyi: Ernie Zakri
Lirik: Ernie Zakri
Komposer: Ernie Zakri

Bahagiakan Dia
Penyanyi: Liza Hanim dan Shila Amzah
Lirik: Aliff Iskandar dan Que Afiq
Komposer: Aliff Iskandar

Satu Malam di Temasek
Penyanyi: Joe Flizzow dan Sonaone
Lirik: Joe Flizzow dan Sonaone
Komposer; Sonaone

Kembali Terang
Penyanyi: Marsha Milan
Lirik: Senna
Komposer: Senna dan Ajin

Terus Hidup
Penyanyi: Aina Abdul
Lirik: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul

Nang
Penyanyi: Iman Troye
Lirik: Ezra Kong dan A.Ramle
Komposer: Ezra Kong dan A. Ramle

Payung Pelangi
Penyanyi: Noki dan MK
Lirik: Noki dan MK
Komposer: Noki dan MK

Sengsara
Penyanyi: Khai Bahar
Lirik: John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K
Komposer: John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K

Irama
Penyanyi: Shiha Zikir
Lirik: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves
Komposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves

Mainan
Penyanyi: Naim Daniel
Lirik: Arisz Ab Rahman
Komposer: Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewangga

Anugerah berprestij ini akan membawakan dua gabungan pengacara wanita terkenal iaitu Jihan Muse dan Sherry Alhadad buat kali pertama.

AJL 37 bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Februari ini dengan tema 'Dimensi Muzik,' menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang semakin rancak dengan karya dari pelbagai genre dan generasi.

Bagi penonton yang tidak dapat hadir ke Axiata Arena, AJL 37 akan bersiaran langsung di TV3 dan secara eksklusif di aplikasi Tonton pada jam 9 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Februari 2023 @ 8:26 PM