ALIF Satar (kiri) dan Sherry Alhadad dipilih untuk mengemudi malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38). FOTO Arkib NSTP
ALIF Satar (kiri) dan Sherry Alhadad dipilih untuk mengemudi malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38). FOTO Arkib NSTP
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Dua pengacara hebat, Alif Satar dan Sherry Alhadad sekali lagi dipilih untuk mengemudi malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang akan bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, jam 9 malam ini.

Selepas kali terakhir mereka digandingkan pada penganjuran AJL ke-32 pada tahun 2018, Sherry dan Alif diberi tanggungjawab untuk mengemudi acara berprestij itu pada edisi kali ini.

AJL38 adalah pembabitan kali keempat Alif bermula AJL32, AJL33 dan AJL36.

Bagi Sherry pula, edisi kali ini menyaksikan tahun kelimanya mengalas tanggungjawab itu bermula pada AJL32, AJL33, AJL34, AJL35 dan AJL37.

Bertemakan Muzikaverse, 12 lagu yang bakal bertanding di AJL38 adalah Inilah Jalannya nyanyian Masdo (Masdo/Noh Salleh), Jangan Mati Rasa Itu ciptaan dan nyanyian Aina Abdul, Astana (Ernie Zakri/ Omar K/ Syamel/ Syazriq Azeman) Sutera (Aisha Retno/Aisha Retno dan MFMF/Aisha Retno), Santai (Naqiu/Faizal Tahir), Darah (Marsha Milan/ Naim Daniel dan Firdaus Rahmat) dan Kalam (Shiha Zikir/ Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat/ Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat).

Tidak ketinggalan, Hasrat (Amir Jahari/ Amir Jahari), Kucuma (Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah/A Ramlee dan Ezra Kong/ A Ramlee dan Ezra Kong), Waktu (Hasif Upin dan Ziana Zain/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat/ Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali/ Amylea).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mac 2024 @ 5:57 PM