Cliff Umar, Suki Low tersingkir.
Cliff Umar, Suki Low tersingkir.
Syafil Syazwan Jefri


Shah Alam: Dua bintang program All Stars Gegar Vaganza (All Stars GV), Cliff Umar dan Suki Low diumumkan sebagai dua peserta yang tersingkir di minggu kedua program itu, malam tadi.

Cliff yang juga juara GV8 mengucapkan terima kasih kepada juri yang memberi peluang kepadanya untuk beraksi di pentas keramat itu.

"Terima kasih atas pengalaman ini terutamanya kepada juri-juri yang bagi saya, peluang untuk bekerja dengan mereka adalah peluang berharga.

"Kepada peminat-peminat saya, teruskan rock!" katanya.

Sementara itu, Suki Low dipilih masuk menerusi pemilihan kerusi panas (hot seat) berkata, dia agak kecewa dengan persembahannya malam ini.

"Terima kasih kepada yang menyokong. Saya minta maaf kerana tak dapat bawakan seperti jangkaan anda.

"Saya sendiri pun agak kecewa, tapi saya akan terus hiburkan anda," katanya.

Di pentas minggu kedua yang berlangsung malam tadi, Cliff mempersembahkan lagu Laskar Cinta, manakala Suki pula lagu Tak Ingin Usai.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Oktober 2023 @ 9:10 AM