Syafil Syazwan Jefri

 

Shah Alam: Penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein muncul di pentas All Stars Gegar Vaganza (All Star GV) tanpa watak Kak Lina Pom Pom yang cukup sinonim dengan namanya. 

Bergandingan dengan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse, Elly berkata, dia meraikan pendapat netizen yang melemparkan pelbagai kritikan terhadapnya selepas mengacarakan minggu pertama All Star GV, minggu lalu. 

"Panggil saya Elly M atau Elly Mazlein. Kita meraikan pendapat dan kemahuan netizen," katanya. 

Berbanding Kak Lina Pom Pom, watak atau karakter Elly ini lebih serius dan sedikit formal. 

Namun, penonton di Auditorium MBSA nampaknya menjerit-jerit agar Elly kembalikan Kak Lina Pom Pom.

Sejak selesai minggu pertama All Star GV Ahad minggu lalu, Elly berdepan pelbagai kritikan daripada netizen yang mendakwa dia berlebih-lebihan ketika mengacarakan program itu. 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Oktober 2023 @ 10:40 PM