Penyanyi Datuk Aisyah tersingkir di minggu ke 4 pada Konsert All Stars Gegar Vaganza minggu 4 di Auditorium MBSA, Shah Alam. FOTO ASWADI ALIAS
Penyanyi Datuk Aisyah tersingkir di minggu ke 4 pada Konsert All Stars Gegar Vaganza minggu 4 di Auditorium MBSA, Shah Alam. FOTO ASWADI ALIAS
Ramlah Zainal

Shah Alam: "Pihak kami sedar mengenai kewujudan hantaran itu tetapi tak dapat komen panjang. Kami juga tak tahu ia ditujukan kepada siapa," kata Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh luahan pengacara dan pelakon, Elly Mazlein di media sosial yang mencetuskan tanda tanya sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Norzeha berkata, perkara itu adalah di luar kawalan pihak mereka.

"Bagi pihak stesen, kami mahu persaingan secara sihat dan menghormati antara satu sama lain. Ada usaha untuk memujuk semula Elly tetapi kami lebih menghormati apabila dia membuat keputusan untuk mengundurkan diri atas sebab peribadi dari program ini," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas konsert minggu keempat ASGV di sini, malam tadi.

Norzeha berkata, pihaknya juga tidak pernah menghalang Elly untuk menjadi apa saja karakter yang dirinya selesa di pentas ASGV.

"Gimik yang dibawanya juga atas keselesaannya untuk menghiburkan penonton. Kami tidak pernah menghalang malah terbuka dengan perkara itu," katanya.

Norzeha berkata, pihak produksi ASGV juga mengalu-alukan sekiranya Elly mahu kembali sebagai hos program itu.

"Kami tahu semua orang terasa ketiadaannya ketika mengendalikan ASGV. Secara emosi memang program ini terganggu sedikit tapi kami profesional kerana tanggung-jawab dipikul harus diteruskan dan ada berbaki lapan minggu lagi untuk ke final," katanya.

Terdahulu, Elly atau Kak Lina Pom Pom yang sebelum ini menarik diri daripada mengacarakan ASGV seolah-olah sedang mendedahkan punca dirinya tidak bersama dengan dua rakan pengacara program itu iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Perkongsian Elly itu sudah mula menjadi perbincangan dalam kalangan netizen yang mendakwa pengundurannya mempunyai kaitan dengan pengacara program itu.

"Rasanya Nabil yang buat hal. Kak Lina sudah menumpahkan teh. Tokram (Datuk Ramli MS) pula dah terkantoikan sikit tadi," tulis seorang netizen di aplikasi X.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Oktober 2023 @ 3:49 PM