Zahirah Macwilson dan Gal Gadot.
Zahirah Macwilson dan Gal Gadot.

Kuala Lumpur: Akaun Instagram (IG) pelakon, Zahirah Macwilson 'diserang' netizen dalam ruangan komen gambarnya bersama pelakon filem Wonder Woman, Gal Gadot.

Rata-rata meluahkan kekecewaan apabila pelakon itu berbangga untuk bergambar bersama Gal Gadot yang berdarah Yahudi dan menyokong Israel.

"Kenapa bergambar dengan seorang zionis? Ya Allah. Saya berhenti menyokong dia sejak saya tahu bahawa dia adalah salah seorang daripada mereka (zionis)," tulis satu netizen.

Satu lagi netizen lain menegur tindakan Zahirah dan memberikan komen mengenai pembunuhan yang dilakukan oleh Israel terhadap orang Islam di Palestin.

"Bangganya bergambar dengan orang yang tidak berhati perut, membunuh saudara seislam kita. Allahuakbar.

"Bagaimana perasaan anda bila ada pembunuh, membunuh adik beradik anda dan semua orang berbangga dan bergambar dengan pembunuh itu? Tanya hati, tanya iman," tulis netizen itu.

Komen-komen lain juga rata-rata menghentam Yahudi dan Gadot.

"Artis Yahudi pun, minat ke?"."Free Palestine (Bebaskan Palestin),"."Not Gal Gadot, please (Tolonglah jangan Gal Gadot),".

Bagaimanapun, gambar itu turut menerima pujian daripada penyokong Zahirah yang menyentuh mengenai kejelitaan Zahirah.

"Zahirah lebih jelita daripada Gal Gadot," tulis satu netizen.

Dek kejelitaannya itu, gambar itu juga turut di komen oleh pelakon, Mira Filzah yang 'keliru' antara Zahirah dan Gadot.

"Hey. Mana satu Gal Gadot?" tulisnya. Gambar itu menerima lebih 95,000 tanda suka di samping hampir 600 komen.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2023 @ 5:25 PM