NORA Danish bersama suami, Mohamad Nedim Nazri
NORA Danish bersama suami, Mohamad Nedim Nazri

Kuala Lumpur: Gambar aksi main buih pelakon Nora Danish bersama suami, Mohamad Nedim Nazri dalam tab mandi di sebuah hotel mengundang kecaman netizen.

Lima foto yang dimuat naik di Instagram dan Facebook itu hari ini dipercayai dirakam di sebuah hotel di Langkawi.

"Main bueh (buih) jap. 'Swipe left' kalau nak tengok santa claus saya. 'Cute' kan?" tulis Nora pada keterangan gambar itu.

Di Facebook, hantaran itu mendapat lebih 1,800 tanda suka, lebih 380 komen dan lebih 30 perkongsian semula.

Sementara itu, di Instagram pula lebih 28,000 tanda suka dan lebih 400 komen.

"Lar semua benda nak tunjuk," komen netizen.

"Dah habis 'port' bergambar, dalam tab pula. Tab pun jadilah," komen seorang lagi netizen.

Namun, ada juga dalam kalangan pengikutnya masih menulis komen suka dan memberikan emoji hati.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Nora bagi mendapatkan komennya berhubung perkara itu tidak berjaya apabila Nora tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Disember 2021 @ 2:29 PM