AFIQ memuat naik gambar dia menunggang kuda di Instagram.
AFIQ memuat naik gambar dia menunggang kuda di Instagram.

Kuala Lumpur: Pelakon Afiq Muiz, 31, menyifatkan bukan mudah untuk dia membuat keputusan dalam keadaan diduakan dan berhadapan individu yang sudah melukakan hatinya.

Jawapan itu ditulis Afiq sebagai balasan terhadap komen seorang netizen yang meminta dia melepaskan isterinya, Pachara Apin secara baik sekiranya tiada jodoh mereka daripada digantung tak bertali.

Terdahulu, Afiq memuat naik gambar dia menunggang kuda di Instagram dengan keterangan gambar ditulis, 'sedang berpuasa dan tak sangka iblis masih ada di bulan Ramadan. Atau mungkin mereka pengikut iblis'.

Rata-rata netizen mengkritik Afiq menerusi hantaran dibuatnya itu dengan pelbagai komen. Malah, tinjauan di ruangan komen mendapati Afiq tidak berdiam diri sebaliknya bertindak membalas komen-komen itu.

"Kalau dah tak ada jodoh..lepaskan lah dia baik-baik..jangan gantung tak bertali..mohon maaf andai tersilap cakap..selamat berpuasa," tulis netizen.

"Dia pernah jadi orang yang kau sayang. Kenanglah juga sedikit kebaikan yang pernah dia lakukan selama ini. Salam Ramadan," tulis seorang lagi netizen.

Afiq menjawab, selepas fitnah-fitnah yang ditaburkan aku ambil pilihan dia bukan siapa-siapa dalam hidup aku. Lagi pun, dia ada orang lain.

Menerusi Instagram Story, Afiq menulis, Tuhan akan membuka jalan yang benar. Allah lah pemilik di dalam kehidupan ini. Insya-Allah setiap amal dan doa akan dimakbul dan dikira. Ikhlaskan. Salam Ramadan mubarak dengan disertakan emoji hati berwarna merah.

Semalam, Pachara atau nama Islamnya Nur Aaira Mahdeya, 32, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi prosiding pendengaran permohonan tuntutan cerai secara fasakh terhadap suaminya.

Dia juga difahamkan sudah memfailkan permohonan fasakh terhadap Afiq pada Oktober tahun lalu.

Selain itu, Pachara turut membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 lalu atas dakwaan Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali, serta menendang perut dan menumbuk bahagian dagu sebanyak dua kali.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2023 @ 8:47 AM