Tonton rancangan hiburan Korea kegemaran anda seperti The Heavenly Idol, True Beauty dan banyak lagi di TontonUp.
Tonton rancangan hiburan Korea kegemaran anda seperti The Heavenly Idol, True Beauty dan banyak lagi di TontonUp.
Nur Aisah Jumfrizal

PLATFORM penstriman Media Prima, Tonton terus melebarkan sayapnya sebagai sebuah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan langganan terbaru iaitu TontonUp yang menyajikan 'K-Entertainment' kepada pelanggan.

Peminat rancangan hiburan Korea pasti teruja dengan adanya perkhidmatan langganan ini kerana mereka boleh menonton K-Drama dan K-Movie seperti The Heavenly Idol, True Beauty, Duty After School, Train to Busan, Tazza: One Eyed Jack, Military Prosecutor Doberman, 6/45: Lucky Lotto, Midnight Runners, The Witch, dan banyak lagi hanya di Tonton. 

TontonUp menampilkan filem blokbuster dan drama Korea kegemaran sepanjang masa dengan harga langganan berpatutan iaitu serendah RM9.90 sahaja.

Dengan TontonUp, pelanggan dapat menonton pelakon kegemaran mereka seperti Park Seo-joon, Song Joong-ki, Cha Eun-woo, Gong Yoo, Lee Dong-wook, Ma Dong-seok, dan ramai lagi.

Pelanggan hanya perlu melanggan TontonUp di laman web www.tonton.com.my/tontonup untuk menonton rancangan hiburan Korea kegemaran mereka di Tonton.

Layari laman web www.tonton.com.my dan gunakan #Tonton untuk menghangatkan perbualan di laman media sosial.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai K-Entertainment kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program Tonton, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter di @tontonmy.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 April 2023 @ 9:59 AM