KC Global Media jalin kerjasama dengan MPB siar penstriman drama, animasi premium pertama kepada penonton.
KC Global Media jalin kerjasama dengan MPB siar penstriman drama, animasi premium pertama kepada penonton.
Nur Ilyanie Hanisha Hisham


KC Global Media terus melebarkan sayap sebagai sebuah penstriman drama dan animasi Jepun premium pertama dan terbesar di Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan langganan terbaru iaitu TontonUp kepada pelanggan.

Pengasas bersama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KC Global, George Chien berkata, pihaknya amat teruja untuk menyediakan lebih banyak animasi Jepun premium yang boleh diakses kepada warga Malaysia.

"Kerjasama dengan Media Prima Berhad (MPB) meningkatkan visi bersama dalam menghiburkan khalayak penonton yang lebih luas melalui penawaran pelbagai kandungan yang terkini dan dibawa secara langsung dari Jepun," katanya.

Peminat rancangan Jepun pasti teruja dengan adanya langganan ini kerana mereka boleh menonton drama disiarkan pada hari yang sama dengan Jepun.

Menariknya, peminat boleh menonton musim keempat siri realiti yang memenangi anugerah, Can I Follow You Home? yang mengambil ringkasan unik ke dalam kehidupan rakyat Jepun setiap hari.

Penampilan musim kedua Mobile Suit Gundam the Witch dari Mercury, drama sukan popular, Haikyu!!, drama romantik Horimiya, pengembaraan, fantasi, aksi fantasi, komedi dan banyak lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan & Tonton, Media Prima Berhad, Amir Rasyidi turut beranggapan ramai peminat hiburan dan budaya Jepun di Malaysia.

GEORGE Chien
GEORGE Chien

"Kami berharap untuk melihat animasi Jepun dan kumpulan peminat Jepun di Malaysia berkembang lebih pesat dengan tawaran baharu di Tonton," katanya.

Difahamkan, penonton boleh mengakses aliran kandungan Jepun tanpa henti melalui tajuk linear dan video atas permintaan yang tersedia daripada saluran animasi Jepun KC Global Media, Animax, dan saluran hiburan Jepun, dan GEM.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program Tonton, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter di @tontonmy.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2023 @ 6:11 AM