Perkongsian foto dibuat Tom di Instagram Story.
Perkongsian foto dibuat Tom di Instagram Story.
Norhayati Nordin


Kuala Lumpur : Penyanyi sensasi Singapura, Fuad Rahman, 43, melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya yang juga penyanyi, Tom, 36, di Batam, Indonesia, selepas Zuhur, hari ini.

Pengurus Tom iaitu Alan Ahmad berkata, pasangan itu memilih bernikah di negara jiran bagi memudahkan segala urusan perkahwinan dan hanya dihadiri keluarga rapat.

"Mereka dijangka akan mendaftarkan perkahwinan dalam negara selepas pulang dari Batam nanti. Majlis resepsi mereka akan dibuat selepas Aidilfitri nanti," katanya.

Terdahulu, hubungan akrab Fuad dan Tom bukan rahsia dan menjadi bualan ramai sejak mereka sama-sama menyertai program GV9.

Sebelum ini, Fuad dikatakan pernah berkahwin dua kali, manakala Tom pula tiga kali.

Mereka juga sudah mempunyai anak-anak yang sudah mencecah usia belasan tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2023 @ 3:01 PM