FUAD dan Tom bakal nikah sebelum Ramadan ini.
FUAD dan Tom bakal nikah sebelum Ramadan ini.
Ramlah Zainal


Kuala Lumpur: Penyanyi kelahiran Singapura, Fuad Rahman, 43, mengesahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang juga penyanyi, Tom, 36, sebelum Ramadan ini.

Fuad yang juga bekas peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) berkata, dia juga merancang untuk mengadakan majlis pernikahan iaitu perkara yang wajib terlebih dulu.

"Perancangan untuk majlis pernikahan ini juga mendapat restu daripada keluarga kedua belah pihak. Kami mahu mengadakan majlis pernikahan terlebih dulu dan majlis resepsi pula mungkin akan dibuat selepas Aidilfitri nanti," katanya.

Bercerita mengenai perkembangan kerjayanya, Fuad berkata, dia terbabit dengan pementasan Muzikal Wajah Rahsia Hati - Fauziah Ahmad Daud yang dipentaskan jam 8 malam ini di Gateway Theatre, Singapura di mana dia akan menyampaikan dua lagu popular iaitu Azura dan Sandarkan Pada Kenangan.

Tom yang juga peserta GV9 turut hadir memberi sokongan.

Sementara itu, hubungan akrab Fuad dan Tom bukan lagi rahsia kerana sudah menjadi bualan ramai sejak mereka sama-sama menyertai program GV9.

Sebelum ini, Fuad pernah berkahwin dua kali dan Tom pula tiga kali. Mereka juga sudah mempunyai anak-anak yang sudah mencecah usia belasan tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Februari 2023 @ 11:20 AM