Adam Shahz.
Adam Shahz.
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Pelakon, Adam Shahz tidak melenting berhubung video yang dimuat naik suami kepada bekas isterinya, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang yang seakan-akan menyindirnya.

Video yang dimuat naik Aliff itu mengundang pelbagai reaksi kerana dilihat seperti menyindir Adam ketika dia menghadiri prosiding mahkamah pada Januari lalu.

Adam berkata, dia tidak ambil serius mengenai video yang tular itu kerana berpendapat ia tiada kena mengena dengan dirinya.

"Sebenarnya saya langsung tak tahu mengenai video yang kononnya dia seakan memerli saya itu, sehingga saya keluar dari kawasan mahkamah.

"Selepas keluar kawasan mahkamah telefon saya terima banyak notifikasi dan saya berhenti tepi jalan kemudian baru buka telefon dan tengok video berkenaan.

"Kalau saya layan apa beza 'level' (tahap) dia dengan saya? Sebab bukan 'level' saya untuk layan perkara sebegitu. Saya lebih matang dan bersikap profesional.

"Andai kata saya mengambil sebarang tindakan untuk balas apa yang dia buat, ia akan merumitkan keadaan. Malah, saya pun memang langsung tak pernah jumpa atau berkomunikasi dengan dia," katanya.

Menerusi perkongsian video itu, Aliff menunjukkan satu petikan pendek yang tergantung di dinding ketika mereka berada di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Adam dan Fatin hadir ke mahkamah itu pada Januari lalu bagi perbicaraan menuntut hak penjagaan anak perempuan mereka iaitu Ivy Herra Sophia.

Pasangan itu pernah mendirikan rumah tangga pada 2013 namun bercerai pada 2017. Selain Ivy, Fatin mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2023 @ 4:47 PM