BETO bawa watak utama dalam filem Imaginur.
BETO bawa watak utama dalam filem Imaginur.
Syafil Syazwan Jefri


MENYENTUH kisah antara anak dengan bapa, pelakon, Beto Kusyairy tidak mampu menahan air mata selepas menonton filem lakonannya, Imaginur.

Beto ketika ditemui di Malam Gala Filem Imaginur berkata, isterinya, Tisha Shahar turut berkongsi rasa sama, lebih-lebih lagi selepas kematian bapanya akibat tumor otak awal Februari lalu.

"Ada beberapa babak dalam filem itu yang membuatkan saya terkenangkan beberapa detik bersama orang tersayang, terutama arwah bapa mentua saya.

"Isteri saya pun turut mengalirkan air mata walaupun dia sudah tiga kali menonton. Mungkin dia masih berada dalam fasa kesedihan itu," katanya.

Gandingan Beto dengan pelakon veteran, Mior Hashim Manap turut meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja buat penonton, tetapi juga Beto sendiri.

"Babak ketika watak Zuhal (lakonannya) menangis bersama ayahnya (Mior) sangat mudah. Kami tak merancang pun untuk menangis.

"Tapi, saat dia memeluk saya, memang terus air mata mengalir sebab ada rasa yang dia berikan tanpa perlu saya paksa.

"Begitu juga dengan babak ketika Zuhal memandikan ayahnya. Babak menangis itu membuatkan saya teringatkan a

yah saya," katanya.

BETO dan Diana dalam filem Imaginur.
BETO dan Diana dalam filem Imaginur.

Beto yang juga teraju utama filem Mat Kilau baru-baru ini turut meraikan ulang tahun kelahirannya ke-43.

Dia turut menyeru peminatnya untuk memberi sokongan dengan menonton filem Imaginur lakonannya.

Filem Imaginur yang mengangkat sebuah kisah percintaan dengan elemen romantik 'sci-fi', dihasil

kan penggambarannya pada Februari 2020.

Bagaimanapun, ia terpaksa dihentikan seketika kerana penularan Covid-19 dan disambung semula pada hujung tahun yang sama.

Selain Beto dan Mior, filem arahan pengarah Nik Amir Mustapha yang ditayangkan bermula 23 Februari itu juga membariskan barisan pelakon hebat lain antaranya Diana Danielle, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Datuk Afdlin Shauki dan Datuk Rahim Razali.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Februari 2023 @ 6:31 AM