Zarina Anjoulie
Zarina Anjoulie

Shah Alam: Tindakan pelakon, Zarina Anjoulie memadam gambar-gambar bersama tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey menimbulkan tanda tanya buat netizen.

Persoalan itu sekali gus menimbulkan spekulasi lebih-lebih lagi, selepas Zarina memuat naik gambarnya di Instagramnya, dengan keterangan ringkas.

"'Broken' (hancur) tapi masih bertahan," tulisnya.

Hantaran itu bagaimanapun diatur supaya tidak boleh di komen oleh netizen mahupun pengikutnya di platform media sosial itu.

Tinjauan Harian Metro ke akaun TikTok Khazrul juga mendapati, tidak ada lagi video-video memaparkan Zarina dalam kandungannya.

Akaun TikTok itu bagaimanapun masih lagi menggunakan nama akaun @elzey_anjoulielavocah.

Harian Metro cuba menghubungi Zarina untuk mendapatkan kenyataan, namun masih belum menerima sebarang maklum balas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2023 @ 5:47 PM