SENTUHAN terbaru pengarah berkaliber, Syafiq Yusof.
SENTUHAN terbaru pengarah berkaliber, Syafiq Yusof.
Ridzuan Abdul Rahman


RAMAI tidak sabar apabila Disney+ Hotstar mengumumkan penerbitan siri Special Force: Anarchy arahan Syafiq Yusof pada 16 Jun tahun lalu.

Keseluruhan siri drama aksi terbaru terbitan Skop Productions dibintangi Puteri Aishah, Datuk M Nasir, Hasnul Rahmat, Fify Azmi danYusuf Bahrin ini boleh ditonton secara eksklusif di Disney+ Hotstar di Malaysia.

Special Force: Anarchy ditulis oleh June Tan dan Nazri Vovinski serta diterbitkan Shamin Yusof.

Syafiq pula selaku pengarah bukanlah calang-calang kerana pernah dinobat sebagai Pengarah Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 dan Pengarah Filem Terbaik pada 2017 oleh Pekerja Filem Profesional Malaysia (Profima).

Siri ini diinspirasikan dari filem aksi popular Malaysia 2018, KL Special Force, juga arahan Syafiq.

Kepercayaan diberikan terhadap poduksi tempatan Skop Productions yang terkenal dengan filem popular antaranya KL Special Force, Munafik dan francais KL Gangster.

Saat yang ditunggu akhirnya tiba apabila Disney+ Hotstar mengumumkan bersiap sedia untuk memulakan tahun baharu yang mendebarkan dengan Special Force: Anarchy yang ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar bermula 14 Januari lalu.

SPECIAL Force: Anarchy ditulis oleh June Tan dan Nazri Vovinski serta diterbitkan Shamin Yusof.
SPECIAL Force: Anarchy ditulis oleh June Tan dan Nazri Vovinski serta diterbitkan Shamin Yusof.

Ia turut dibintangi Alvin Wong, Johan As'ari, Chacha Maembong, Anas Ridzuan, Elizabeth Tan, Dynas Mokhtar, Steve Yap dan Theebaan G.

Special Force: Anarchy sebanyak tujuh episod mengisahkan Iman (Puteri Aishah), seorang pegawai polis muda yang berani dari negara Tenggara ketika dia menyiasat rompakan bank yang dirancang dan secara tidak diduga bersemuka dengan kumpulan bawah tanah yang berbahaya, membongkar rahsia yang boleh mengubah segala-galanya.

Iman seorang pegawai polis yang luar biasa dalam setiap segi. Dia direkrut untuk menyertai pasukan polis khas yang diketuai bapanya, Komander Qabil (Hasnul Rahmat).

Dicipta khas untuk menyelesaikan hanya kes jenayah paling berbahaya, kemasukan Iman ke dalam pasukan menyaksikan dia membongkar rancangan rompakan di Bank Tenggara oleh geng penjenayah ganas, Anarchy diketuai Umar (M Nasir) yang juga dalang di sebalik rompakan ini.

Ketika Iman mendekati kumpulan itu, pasukannya terperangkap dalam kebuntuan, membawa kepada pendedahan mengejutkan yang akan menyebabkan dia berdepan dengan pilihan yang mustahil.

TAYANGAN menerusi strim Special Force : Anarchy secara eksklusif ini boleh didapati di Disney+ Hotstar setiap Sabtu bermula 14 Januari.
TAYANGAN menerusi strim Special Force : Anarchy secara eksklusif ini boleh didapati di Disney+ Hotstar setiap Sabtu bermula 14 Januari.

Special Force: Anarchy adalah Siri Original Malaysia penuh aksi yang mesti ditonton yang ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

Ia mempamerkan aksi dan tema rompakan, serta jalan cerita yang bertenaga dan plot twist.

Harus diakui Special Force : Anarchy ialah produk terbaharu Skop Productions yang mempunyai peminat yang sangat kuat.

Ia juga adalah kemunculan semula M Nasir menerusi drama selepas empat tahun berehat.

Tambah menarik apabila Siri Original ini diarahkan Syafiq yang

pernah memenangi anugerah yang terkenal dengan filem-filem seperti Abang Long Fadil, KL Special Force dan Penunggang Agama 1 & 2.

Tayangan menerusi strim Special Force : Anarchy secara eksklusif ini boleh didapati di Disney+ Hotstar setiap Sabtu bermula 14 Januari.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2023 @ 6:23 AM