DJ Lin (berdiri tiga dari kiri) bersama sebahagian artis, penyampai radio Suria FM dan kakitangan memeriahkan konsert.
DJ Lin (berdiri tiga dari kiri) bersama sebahagian artis, penyampai radio Suria FM dan kakitangan memeriahkan konsert.
Syafil Syazwan Jefri

 

Putrajaya: Acara Konsert Ambang 2023 IOI City Mall Symphony East anjuran Suria FM yang berlangsung di IOI City Mall Putrajaya malam tadi berjaya mengumpulkan 15,000 pengunjung. 

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, penganjuran Konsert Ambang 2023 IOI City Mall Symphony East itu menjadi ruang untuk orang ramai bersama-sama meraikan sambutan tahun baharu. 

"Menerusi acara konsert ini, kami di Suria FM berharap agar pengunjung yang hadir dapat berhibur dan bersama-sama meraikan kehadiran tahun 2023. 

"Ini juga menjadi tanda penghargaan dan ucapan terima kasih buat pendengar dan peminat Suria FM yang sentiasa menyokong kami," katanya. 

Acara konsert itu membariskan barisan artis popular tanah air antaranya Ziana Zain, Amir Masdi, Masdo, Floor 88, Geraldine dan ramai lagi. 

Pentas Konsert Ambang 2023 IOI City Mall Symphony East yang bermula seawal jam 6 petang itu juga turut dihangatkan dengan kehadiran tiga penyampai Suria FM iaitu Suraya, Shuib dan Rara. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 January 2023 @ 8:11 AM