Mas Idayu bersama Sufian
Mas Idayu bersama Sufian
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Penyanyi dangdut, Mas Idayu terharu apabila suaminya yang juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, mengingatkan dirinya mengenai perkahwinan mereka yang genap dua bulan hari ini.

Mas Idayu, 50, berkata, dia dihubungi suaminya untuk memaklumkan perkara itu dan menyifatkan Sufian adalah jejaka yang romantis.

"Tadi darling (sayang) hubungi saya. Hari ini 16 November 2022 genap dua bulan usia perkahwinan kami. "Sekejap je dah dua bulan. Sangat romantik suami mummy (panggilan Mas Idayu) sentiasa ingat.

"Selamat menyambut dua bulan perkahwinan sayang. Mummy cinta daddy sangat-sangat," tulisnya di Instagram.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mas Idayu memuat naik video mereka bersama ketika berjalan di Muar, Johor, baru-baru ini.

Lebih romantik, Mas Idayu enggan berenggang dan terus memeluk suaminya dengan erat ketika berjalan berduaan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa gembira apabila melihat kemesraan dan mendoakan agar pasangan itu bahagia.

"Manjanya mummy. Semoga berbahagia selalu mummy," tulis seorang pengikut.

"Alhamdulillah semoga kekal bahagia hingga ke jannah," kongsi seorang pengikut.

Terdahulu, Mas Idayu bernikah kali kedua dengan Sufian pada 16 September lalu. Majlis perkahwinan mereka mendapat tajaan daripada beberapa pihak bernilai RM7 juta dan turut digelar 'wedding of the year'.

Pada majlis serba meriah dan mewah itu, Mas Idayu dan suami dinikahkan oleh Imam dan penolong pendaftar nikah Masjid Jamek Kampung Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid dengan mas kahwin RM1,001 di Magica Events Hall, Kuala Lumpur. 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2022 @ 5:05 PM