SARAH (tengah) mengalami masalah rumah tangga.
SARAH (tengah) mengalami masalah rumah tangga.
Affan Rustam


SARAH, Laila, Suraya dan Atikah empat sahabat karib yang mempunyai misi untuk mencari kebahagiaan di dalam kehidupan mereka yang penuh dengan konflik.

Namun, perasaan dendam kian membara sehingga memakan diri. Dapatkah mereka mengatasi kebencian demi kebahagiaan yang diidamkan?

Ia bakal terjawab menerusi Suri Hati di slot Samarinda TV3 bermula 12 Oktober setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

Drama bersiri 20 episod terbitan Million Pictures Sdn Bhd arahan Azhar Khalid yang juga dikenali sebagai Apache dan skrip oleh Amaz Mizilan.

Drama yang penuh konflik ini menggandingkan pelakon-pelakon terkemuka tanah air seperti Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Adriana Adnan, Melanie Tan, Fahrin Ahmad, Shakilla Khoriri dan ramai lagi.

Sarah (Puteri Sarah Liyana) mengalami masalah rumah tangga sehingga bercerai dengan suaminya yang panas baran. Selepas bercerai, Sarah membuka sebuah cafe dan mula berkenalan dengan seorang duda bernama Hakim, namun pertelingkahan berlaku apabila orang terdekat mula membantah hubungan mereka.

BABAK menarik dalam Suri Hati.
BABAK menarik dalam Suri Hati.

Laila (Nadia Brian) seorang wanita yang berkerjaya mengalami masalah tekanan emosi disebabkan trauma yang dialaminya pada usia yang sangat muda. Keadaan tersebut membuat hidup Laila penuh dendam dan tidak suka melihat kebahagiaan orang lain termasuk rakan-rakannya.

Suraya (Adriana Adnan) seorang suri rumah impikan kehidupan yang bahagia selepas berkahwin bersama seorang duda anak satu. Namun kehidupannya diuji apabila anak tirinya, Marissa tidak dapat menerima beliau selaku ibu tiri dan suaminya Marzuki (Fahrin Ahmad) mula curang dengan kekasih lamanya.

Atikah (Melanie Tan) seorang wanita yang ceria dan ingin mencari cinta. Bagi Atikah, kebahagiaan terletak dalam cinta sejati. Namun, kisah cinta Atikah tidak menentu di mana beliau mengalami situasi bercinta, bertunang dan melangkah masuk ke alam perkahwinan dengan individu yang berlainan. Ini membuatkan rakan-rakannya keliru dengan sikap Atikah.

Mampukah mereka menggapai kebahagiaan yang dicari? Mungkinkah persahabatan mereka selamat daripada diracuni oleh sifat cemburu? Sama saksikan di TV3 dan strim secara langsung melalui www.tonton.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2022 @ 6:18 AM