NORA Danish. FOTO IG noradanish
NORA Danish. FOTO IG noradanish
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: Pelakon Nora Danish yang dilihat tidak cerewet menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti UCSI, semalam, mencuri perhatian netizen. 

Rata-rata pengikut di akaun Instagramnya memberikan kata-kata pujian kepada pelakon itu kerana tidak memilih jenis vaksin yang diberikan atau merungut meskipun, berstatus artis terkenal dan menantu kepada orang kenamaan (VIP).

"Nasib baik kak Nora yang cantik ini tidak 'demand'. Tahniah untuk dos pertama vaksin," kata salah seorang pengikut. 

"Tahniah awak memang artis yang tidak memilih. Okey saja dengan Sinovac, tahniah," kata seorang lagi pengikut. 

Menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya, Nora memberitahu memasuki hari kedua dia tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin dos pertama, semalam. 

"Hari ini adalah hari kedua selepas ambil suntikan vaksin Sinovac. 

"Alhamdulillah tiada sebarang kesan sampingan seperti sakit tulang, demam atau lenguh di bahagian tangan, syukur," katanya. 

Kelmarin, penyanyi dan juga pengacara sensasi, Ifa Raziah  dikecam netizen selepas bertindak membatalkan temu janji vaksin selepas mendapat tahu dia akan menerima vaksin jenis Sinovac dan bukannya Pfizer.

Ujar Ifa, dia bukan sengaja mahu berbuat demikian, namun tindakan tersebut diambil memandangkan vaksin jenis Pfizer sahaja dirasakan sesuai untuk diri dan penyakit yang dihidapinya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Julai 2021 @ 6:36 PM