Adam Levine dan isteri. Gambar kanan kenyataannya di Ista Story.
Adam Levine dan isteri. Gambar kanan kenyataannya di Ista Story.
Syafil Syazwan Jefri


London: Selepas heboh berita kecurangannya, penyanyi yang juga vokalis Maroon 5, Adam Levine bersuara dan mengakui kesilapannya.

Menerusi hantarannya di Instagram, Levine yang juga suami kepada Behati Prinsloo itu mengakui terlanjur daripada batasan sepatutnya sebagai suami.

"Banyak perkara mengenai saya yang diperkatakan sekarang dan saya ingin jelaskan.

"Saya dah melakukan kesilapan apabila bercakap dengan orang lain selain isteri saya, dalam cara yang tidak sepatutnya.

"Saya tak ada sebarang hubungan sulit, tetapi, saya akui, terlanjur daripada batasan yang mana membuatkan saya kesal," tulisnya.

Levine juga berkata, dia sudah mengambil tindakan proaktif untuk menyelamatkan rumah tangganya.

"Dalam perkara tertentu, ia tak sepatutnya. Saya sudah mengatasinya dan mengambil langkah yang proaktif untuk memperbaiki hubungan dengan keluarga saya," tulisnya.

Tambah Levine, dia melakukan perkara bodoh yang mampu mendatangkan risiko kepada keluarganya yang selama ini menjadi keutamaan dalam hidupnya.

"Isteri dan keluarga saya adalah perkara yang menjadi keutamaan saya di dalam dunia ini.

"Untuk merisikokan perkara ini dengan melakukan perkara bodoh sebegini adalah kesilapan terbesar yang pernah saya lakukan.

"Saya takkan ulanginya lagi. Saya akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Kami akan melalui proses ini bersama-sama," tulisnya.

Terdahulu, Levine didakwa menjalinkan hubungan dengan Instafamous yang juga selebriti TikTok bernama Sumner Stroh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 September 2022 @ 12:49 PM