Datuk Aaron Aziz
Datuk Aaron Aziz

Kuala Lumpur: "Nak jadi pelakon, kena siap sedia untuk gigi patah."

Demikian kata pelakon, Datuk Aaron Aziz sambil menunjukkan gigi hadapannya yang patah akibat kemalangan kecil yang berlaku ketika menjalani penggambaran.

Dalam video pendek yang dimuat naik ke Instagramnya itu, Aaron juga memberi pesanan kepada mereka yang ingin terjun ke dalam bidang lakonan terutamanya, yang ingin menjadi pelakon aksi.

"Nak jadi pelakon tak? Nak jadi pelakon? Nak jadi pelakon kena 'standby' untuk buat gigi patah. Kata nak jadi pelakon aksi, jadi sekali sekala patahlah gigi," katanya.

Hantaran itu mencuit hati ramai pengikutnya di Instagram dan rata-rata masih menganggap bahawa gigi yang patah itu tidak mencacatkan penampilannya.

"Tetap 'handsome' bang walaupun gigi rongak," tulis satu netizen.

"Walaupun gigi dah patah, tetap 'handsome'," tulis netizen yang lain.

Aaron bagaimanapun sudah 'membetulkan' keadaan giginya semalam sebelum terbang ke Bali untuk bercuti bersama keluarganya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Jun 2022 @ 4:24 PM