GAMBAR Saif dikongsikan Syifa.
GAMBAR Saif dikongsikan Syifa.

Kuala Lumpur: 'Jawline' (rahang) anak pelakon, Syifa Melvin, Saif Sulaiman Muhammad Safawi kini mencuri perhatian netizen dan mendapat pujian ramai.

Dalam ruangan komen hantarannya di Instagram, rata-rata, netizen memuji bentuk rahang Saif yang dilahirkan pada 30 September lalu.

"Kecik-kecil, 'jawline' dah tajam, boleh berdarah jari acik, Saif. Membesar dengan sihat, anak. Jadi anak soleh ibu dan daddy," tulis satu netizen.

"Masya-Allah. 'Handsome'nya Saif. Kecil-kecil, dah ada 'jawline'. Semoga jadi anak soleh, Saif," tulis satu netizen lain.

Hantaran gambar Saif yang dimuat naik Syifa semalam adalah hantaran pertama di 'feed' Instagramnya, memaparkan cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan suami yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rashid.

Gambar itu juga menjadi gambar pertama yang dimuat naik ke akaun Instagram peribadi Saif yang kini diwujudkan.

Saif selamat dilahirkan pada 30 September lalu di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2023 @ 1:41 PM