Cik Todd bersama beberapa kucing milik Allahyarham Adibah Noor.
Cik Todd bersama beberapa kucing milik Allahyarham Adibah Noor.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Kucing-kucing milik Allahyarham Adibah Noor akan dijaga pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Todd dan keluarga penyanyi itu. 

Dalam satu ciapan di Twitter Adibah, turut dikongsikan pesanan kepada pengikutnya agar tidak terpedaya dengan sebarang berita palsu. 

"Assalamualaikum, sila ambil maklum, kebajikan kucing-kucing arwah Adibah Noor terpelihara dengan baik di bawah jagaan PA (pembantu peribadi) Adibah Noor dan keluarga arwah. 

"Mohon jangan terpedaya dengan berita-berita palsu mengenai kebajikan anak-anak kucing itu," tulisnya. 

Ciapan itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang rata-rata adalah pencinta kucing dan turut meluahkan rasa syukur. 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2022 @ 8:48 AM