Lesti Kejora bersama anaknya
Lesti Kejora bersama anaknya
Agensi

Jakarta: Anak sulung penyanyi dangdut Lesti Kejora, Muhammad Leslar Alfatih Billar, kini berusia empat bulan sudah menjadi mangsa buli segelintir netizen di media sosial.

Difahamkan ia berlaku selepas Lesti berkongsi foto dengan anaknya itu di Instagram dan dikecam segelintir netizen yang menyamakan wajah Leslar seperti monyet.

Meskipun tenang, namun jauh di sudut hati Lesti tetap sedih dan kesal apabila cahaya matanya dan suami tercinta, Rizky Billar dihina sebegitu oleh netizen yang tidak bertanggungjawab.

Bukan sekadar disamakan dengan haiwan, kebanyakan netizen yang menghina Leslar kecewa apabila bayi itu dikatakan tidak mewarisi wajah kacak bapanya.

Menurut Lesti, memang dia menerima banyak komen negatif dan berbaur hinaan terhadap fizikal anaknya itu.

Bagaimanapun, menerusi hantaran foto lain bersama bayinya di Instagram, Lesti tetap bangga dan bersyukur menerusi kapsyen ditulisnya. "Anak baik papa bunda Al-Fatih," tulisnya ringkas.

Kebanyakan komen ditulis selebriti dan juga netizen pada foto itu begitu memberi semangat kepada Lesti serta mendoakan kebahagiaan keluarga kecilnya.

Lesti selamat melahirkan Leslar atau digelar 'Baby L' yang pramatang pada 27 Disember, tahun lalu.

Terdahulu, pasangan Lesti dan Billar mendakwa mereka sudah mendirikan rumah tangga pada awal tahun lalu secara senyap.

Bagaimanapun, pada 19 Ogos tahun lalu mereka sekali lagi melakukan acara pernikahan dalam majlis penuh meriah di sebuah hotel terkemuka di Pondok Indah Jakarta Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2022 @ 12:03 PM