Video ramalan Roy Kiyoshi terhadap hubungan Rizky Billar dan Lesti Kejora, tahun lalu kembali tular.
Video ramalan Roy Kiyoshi terhadap hubungan Rizky Billar dan Lesti Kejora, tahun lalu kembali tular.
Agensi

Jakarta: Ramalan pelakon dan tukang tilik, Roy Kiyoshi yang mendakwa selebriti popular, Rizky Billar tidak setia terhadap isterinya yang juga penyanyi, Lesti Kejora sebelum pasangan itu berkahwin tahun lalu kembali tular di media sosial.

Menerusi sebuah program di YouTube PesbukersTV yang ditayangkan pada 20 Jun tahun lalu, Roy meramalkan masa depan hubungan Rizky dan Lesti selepas mereka bernikah.

Melalui sebuah gambar yang dilakar, Roy seolah-olah membayangkan sesuatu yang buruk bakal berlaku terhadap pasangan itu.

"Saya mencium aroma yang mungkin tidak sedap di sini antara hubungan Lesti dan Rizky ," kata Roy kepada Rizky.

Menurut Roy, dia juga mendakwa Rizky tidak mencintai sepenuh hati terhadap Lesti walaupun mereka akan berkahwin pada siaran itu.

Lebih menyedihkan, Roy mengatakan Lesti lebih mencintai Rizky hasil daripada pemerhatian aura mereka.

"Saya lihat aura Rizky dan Lesti. Sebenarnya aura Rizky agak tidak jelas, berbanding Lesti yang berwarna merah jambu. Ini mungkin disebabkan Lesti begitu mencintai anda," katanya.

Dalam masa sama, Roy turut mendedahkan kemungkinan Rizky akan bersikap curang dengan Lesti.

"Ada sesuatu yang kurang dalam perhubungan mereka, saya takut kalau Rizky tidak setia. Kalau lihat daripada paras rupa kedua-duanya sangat secocok, tapi kalau dari soal hati saya masih ragu-ragu terhadap Rizky," kata Roy yang menasihatkan agar Rizky setia demi menjaga hubungannya dengan Lesti.

Terdahulu, media melaporkan kehidupan romantis pasangan selebriti popular Indonesia yang baru mendirikan rumah tangga awal tahun lalu itu dikatakan sedang dilanda badai.

Lesti dikatakan membuat laporan polis terhadap Rizky apabila mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga selepas suaminya dikatakan mempunyai hubungan sulit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 September 2022 @ 4:40 PM