Intan Ladyana dan suami, Harris Alif.
Intan Ladyana dan suami, Harris Alif.
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Pelakon Intan Ladyana, 39, yang menjalani rawatan dan kuarantin selama lapan hari di Hospital Sungai Buloh akibat positif Covid-19, sudah dibenarkan pulang ke rumah semalam.

Menerusi Instagramnya, Intan yang hamil tujuh bulan mengucapkan kesyukuran kerana keadaan kesihatannya kini stabil dan kembali pulih.

Bagaimanapun, difahamkan dia perlu terus berehat untuk beberapa hari lagi sebelum sembuh sepenuhnya seperti biasa.

"Assalamualaikum. Alhamdulillah, saya kini berada di rumah. Sambung berehat untuk beberapa hari lagi.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan cepat sembuh. Saya memohon maaf kerana tidak dapat membalas mesej kepada setiap seorang secara individu.

"Saya mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat tahun baru. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, kebahagiaan hidup dan jauh daripada segala malapetaka dan bencana. Amin," katanya.

Terdahulu Intan dan suaminya Harris Alif, 23, disahkan positif Covid-19 pada 22 Disember lalu.

Dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dengan menaiki ambulans kerana sarat hamil anak sulung, manakala Harris hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 January 2022 @ 11:51 AM