INTAN Ladyana dan suaminya, Harris Alif.
INTAN Ladyana dan suaminya, Harris Alif.
Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: Pelakon Intan Ladyana dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif Covid-19, semalam.

Turut positif virus itu suaminya yang juga penyanyi, Harris Alif, 22, dan perlu menjalani kuarantin di rumah.

Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi berkata, Intan tidak boleh menjalani proses kuarantin di rumah kerana sedang hamil tujuh bulan.

"Alhamdulillah, semuanya okay. Intan kena pergi hospital sebab dia hamil. Jika positif dan tidak hamil, dia boleh kuarantin bersama di rumah," katanya kepada Harian Metro.

INTAN Ladyana membuat hantaran video di Instagram Story ketika berada dalam ambulans.
INTAN Ladyana membuat hantaran video di Instagram Story ketika berada dalam ambulans.

Harris yang juga pelakon berkata, dia turut disahkan positif dan sedang menjalani kuarantin di rumah.

"Sekarang kuarantin di rumah saja. Intan tahu dia positif pun semalam. Itu yang terus dibawa ke hospital. Doakan kami dalam keadaan baik dan segera sembuh. Terima kasih juga atas doanya," katanya yang melangsungkan pernikahan dengan Intan pada 5 Februari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Disember 2021 @ 12:26 PM