KEJUTAN dibuat Ariff Bahran pada Anugerah Drama Sangat 2021.
KEJUTAN dibuat Ariff Bahran pada Anugerah Drama Sangat 2021.
Syafil Syazwan Jefri

 

Kuala Lumpur: Tindakan penyanyi, Ariff Bahran mencium dahi penari wanita ketika membuat persembahan duet bersama Sarah Suhairi pada Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS2021) mengejutkan ramai pihak.

Bagaimanapun perkara itu terjawab apabila pengacara Nabila Huda dan Ain Edruce mengumumkan penari berkenaan adalah isteri Ariff Bahran yang sudah dinikahi sejak tiga bulan lalu.

"Gadis yang dicium oleh Ariff tadi sebenarnya, adalah isterinya. Dia dah berkahwin sejak tiga bulan lalu, namun, tak diuar-uarkan kerana situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," kata Nabila.

Ariff sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan rakan duetnya itu, namun beberapa kali menegaskan bahawa hubungan mereka hanya sebagai kawan rapat.

Selain Sarah, nama penyanyi, Sissy Imann juga pernah dikaitkan dengan Ariff.

Ariff bagaimanapun belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkahwinannya dan statusnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Disember 2021 @ 10:28 PM