Billie Eilish
Billie Eilish
Agensi

Los Angeles: Penyanyi Billie Eilish, 19, membuat pengakuan mengejutkan bahawa dia mula terdedah dengan bahan pornografi atau porno, seawal umur 11 tahun sehingga memusnahkan pemikirannya.

Billie atau nama sebenarnya Billie Eilish Pirate Baird O'Connell berkata, pengalaman itu kini bertukar mimpi ngeri buatnya dan memberi kesan kepada tanggapannya mengenai hubungan kelamin.

"Sebagai wanita, saya rasa porno adalah satu yang mengaibkan. Terus-terang, saya pernah ketagih menonton porno. Saya mula menontonnya (porno) pada umur 11 tahun.

"Saya rasa ia benar-benar musnahkan otak saya. Hati saya hancur apabila banyak terdedah dengan porno. 

"Saya jadi marah apabila porno jadi kegemaran ramai dan sangat marah terhadap diri sendiri kerana menganggap perkara itu okey," katanya.

Penyanyi lagu Happier Than Ever itu mengakui sangat kecewa kerana pornografi mereka sebuah tanggapan yang tidak realistik.

"Cara kelamin dipaparkan dalam porno sangat tidak masuk akal. Tubuh badan wanita tidak kelihatan seperti begitu. Kami tidak datang dengan gambaran sebegitu," katanya.

Terdahulu, Billie membuat pendedahan terbabit sewaktu ditemubual menerusi program Howard Stern Show baru-baru ini.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Disember 2021 @ 11:30 AM