Tom Cruise
Tom Cruise
Agensi

Los Angeles: Apa jadi dengan wajah Tom Cruise?

Itu persoalan netizen selepas gambar terbarunya yang agak mengejutkan sewaktu hadir menonton satu perlawanan besbol, baru-baru ini.

Wajah Cruise, 59, kelihatan kembang dan hampir tidak dicam ketika dia duduk di kerusi penonton. Dia turut ditemani anaknya, Connor Cruise, 29.

Pada mulanya, kehadiran Cruise mengundang perhatian ramai. Namun, tiba-tiba keadaan wajah terbarunya itu turut mencuri perhatian kerana dilihat seperti bukan dirinya.

Netizen turut berdebat sama ada perubahan wajah itu disebabkan berat badannya naik mendadak.

Ada juga berpendapat Cruise mungkin menyuntik bahan kosmetik pada wajahnya.

Ada juga mempertahankan Cruise mungkin menikmati kehidupan normalnya sehingga berat badan bertambah.

Apatah lagi dia kini berehat daripada menjalani sebarang penggambaran.

Malah, ada yang secara sinis membandingkan wajahnya dengan mendiang Norm MacDonald kerana pelawak itu pernah bergurau mahu mengubah wajahnya menjadi seperti Cruise.

Dalam pada itu, filem lakonan Cruise, Top Gun: Maverick yang sepatutnya ditayangkan pada 19 November ini kini ditunda ke 26 Mei tahun depan.

Penggambaran Mission: Impossible 7 pula dihentikan seketika pada Jun lalu berikutan berlaku jangkitan Covid-9 di set penggambaran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Oktober 2021 @ 10:26 AM