Agensi

Seoul: Kerjasama dua kumpulan ternama, Coldplay dan BTS berjaya meletakkan single terbaharu mereka iaitu My Universe di tangga pertama carta Billboard Hot100 minggu ini.

My Universe yang dilancarkan pada 24 September lalu berjaya menguasai industri muzik dengan lebih 11.5 juta penstriman di Amerika Syarikat dan 127,000 muat turun.

Ini adalah kali keenam lagu BTS menjuarai carta Billboard Hot 100 selepas Dynamite, Savage Love, Life Goes On, Butter dan Permission to Dance.

Kejayaan itu sekali gus berjaya membuatkan enam lagu BTS di tangga pertama dalam tempoh satu tahun satu bulan sekali gus menjadikan mereka kumpulan kedua terpantas selepas The Beatles pada 1964 hingga 1966.

Billboard turut mendedahkan bahawa My Universe adalah lagu pertama kerjasama dua kumpulan yang berjaya menjadi juara carta Hot 100. 

Bagi kumpulan Coldplay pula, ini adalah lagu kedua mereka yang berjaya menduduki carta teratas Billboard Hot 100 selepas Viva La Vida pada 2008.

Muzik video My Universe yang dilancarkan pada 30 September lalu menerusi saluran YouTube rasmi Coldplay menerima hampir 43 juta tontonan. 

My Universe adalah single yang dimuatkan dalam album terbaharu Coldplay berjudul Music Of The Spheres yang bakal dilancarkan pada 15 October ini.

Muzik video lagu terbabit dijayakan pengarah muzik video terkenal, Dave Meyers.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Oktober 2021 @ 10:03 PM