AHMAD Dhani bersama isterinya, Mulan Jameela dan anak-anak.
AHMAD Dhani bersama isterinya, Mulan Jameela dan anak-anak.
Agensi

Jakarta : Penyanyi yang juga anggota Dewa 19, Ahmad Dhani menyifatkan bekas isterinya, Maia Estianty sebagai wanita yang gemar bercakap mengenai orang lain atau ghibah terutama kepada isterinya, Mulan Jameela.

Dalam kenyataan dikeluarkan Dhani kepada media Indonesia, isterinya berdepan dengan pelbagai kata-kata daripada Maia sejak 15 tahun lalu dan ada antaranya yang bersifat fitnah.

"Sudah hampir 15 tahun penceraian saya dengan Maia Estianty, tapi hingga ke saat ini, Maia masih melakukan ghibah terhadap Mulan. Entah apa sebabnya, padahal dia sendiri mengakui sudah bahagia dengan kehidupannya," katanya.

Dalam kenyataan sama, Dhani juga menegaskan bahawa sikap ghibah yang ditunjukkan Maia itu adalah untuk menutup dosanya sendiri.

"Semuanya fitnah. Maia memfitnah Mulan untuk menutup dosanya sendiri. Justeru, dia yang membuatkan saya melafazkan talak tiga!

"Selama ini, Maia berlagak seperti dia adalah wanita baik yang diceraikan. Padahal, kalau kita gunakan akal fikiran yang waras, tak mungkin wanita baik akan dicerai talak oleh suaminya," katanya.

Tambah Dhani, sikap sebenar Maia juga sudah diketahui oleh ramai golongan atasan termasuklah mereka yang bekerja dalam kerajaan.

"Maia boleh mengaburi mata netizen yang tak tahu apa-apa, tapi kebenaran mengenai siapa sebenarnya Maia, ramai golongan sosialis dan mereka yang bekerja di bahagian atasan kerajaan sudah tahu.

"Jakarta ini, isinya orang-orang itu saja. Sangat naif kalau Maia berfikir bahawa tak ada siapa yang tahu, siapa dirinya yang sebenar," katanya.

Dhani juga meluahkan, betapa beruntungnya isterinya, Mulan kerana menerima 'pemindahan' dosa dan pahala secara besar-besaran.

MAIA Estianty, bekas isteri Ahmad Dhani.
MAIA Estianty, bekas isteri Ahmad Dhani.

"Sebab itulah Mulan seorang yang beruntung. Dosanya dipindahkan kepada orang-orang yang melakukan ghibah terhadapnya.

"Maia bercakap buruk mengenainya dan berpotensi memfitnah. Jadi, netizen juga turut menambah lagi dengan pelbagai kata-kata di media sosial.

"Wow! Itu 'pemindahan' dosa secara besar-besaran," katanya.

Dalam kenyataan sama, Dhani juga turut berkongsi mengenai dosa ghibah dalam syariat Islam.

"Dalam syariat Islam, barangsiapa yang melakukan ghibah terhadap seseorang, maka dosa orang yang dianiaya itu pindah kepada orang yang melakukannya walaupun cerita itu benar.

"Kalau cerita itu tidak benar, sudah jatuh fitnah. Hukumnya, bukan hukum ghibah lagi, tetapi fitnah," katanya.

Terdahulu, Maia muncul di saluran YouTube Ussy Sulistiawaty dan Andhika Pratama, berkongsi mengenai bagaimana dia tidak mahu terlalu rapat dengan keluarga bekas suaminya.

"Aku pilih untuk tidak terlalu rapat kerana dalam proses cuba berbaik sebelum ini, ada masalah-masalah lain untuk anak-anak. Aku agak kecewa dan tertanya-tanya, kenapa anak-anak yang kena laluinya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Ogos 2021 @ 10:38 AM