AL dan kekasihnya Alyssa.
AL dan kekasihnya Alyssa.
Agensi

Jakarta: Sebelum ini timbul spekulasi mengatakan penyanyi dan pemuzik Al Ghazali dan kekasihnya Alyssa Daguise sudah berkahwin. 

Ia tercetus bermula dari paparan video di saluran YouTube Maia Estianty yang menunjukkan Al ditemani Allysa sedang mencari rumah untuk didiami.

Khabar angin itu semakin bertiup kencang apabila Ustaz Derry Sulaiman sebelum ini mengakui diminta oleh Ahmad Dhani untuk menikahkan anaknya secara rahsia kerana bimbang terjadi zina.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Maia Estianty selain tidak bersetuju pernikahan diadakan secara rahsia. 

"Kalau nikah secara agama tiada masalah. Kalau nikah siri kan secara rahsia. Ia sangat berbeza. Kerana saya dulu pernikahan pertama dengan Ahmad Dhani itu nikah agama. Buat saya tiada masalah," katanya. 

IBU Al Ghazali, Maia Estianty.
IBU Al Ghazali, Maia Estianty.

Dalam masa sama, Maia Estianty tidak melarang jika Al Ghazali serius mahu berkahwin dengan Alyssa Daguise kerana dia juga dahulu berkahwin pada usia muda.

"Saya dulu nikah dengan bapa Al juga masih muda. Tiada masalah pun. Al sekarang umur 24, bapanya dulu juga nikah umur 24, jadi tidak ada masalah," katanya. 

Ditanya apakah Al Ghazali dan Alyssa Daguise bakal berkahwin dalam masa terdekat, Maia Estianty mengaku tidak tahu. 

"Belum tahu (bila menikah). 'Surprise'. Insya-Allah perancangannya ke arah itu.  Doakan saja mudah-mudahan sampai halal," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Mac 2022 @ 1:36 PM