EZAD Lazim. FOTO arkib NSTP
EZAD Lazim. FOTO arkib NSTP
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Penyanyi Ezad Lazim dibenarkan pulang ke rumah hari ini dan diminta berehat dua minggu selepas menjalani pembedahan akibat masalah gastrik kronik atau refluks gastroesofagus (GERD), semalam.

Isterinya, Zeana Ramli ketika dihubungi memaklumkan suaminya juga dilarang mengambil makanan keras dalam tempoh itu bagi memastikan dirinya benar-benar sembuh.

"Ezad baharu saja keluar hospital. Dia tidak dibenarkan makan makanan biasa dan hanya boleh mengambil makanan lembut yang dikisar seperti bubur.

"Dalam tempoh itu, dia juga kena berehat sepenuhnya dan tak boleh buat sebarang kerja berat. Doakan kesihatannya akan pulih seperti sedia kala," katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan Ezad dimasukkan ke pusat perubatan di Shah Alam selepas mengalami kesakitan berterusan.

Dia mengalami muntah tanpa henti seperti selepas makan durian kunyit dalam keadaan perutnya kosong.

Menurut Zeana, menerusi pembedahan itu doktor membuang sebiji batu hempedu, hempedu dan mengecilkan saluran pemakanan menerusi cara jahitan.

Terdahulu penyanyi lagu Demi Cinta ini ke Gua Musang, Kelantan untuk kerja-kerja pertanian.

Dia mencari benih untuk beberapa tanaman kerana merancang untuk mengerjakan dusun.

Difahamkan Ezad juga makan durian dan juga membawa balik buah durian dari sana. Dia seterusnya mengalami muntah-muntah dan tidak lama kemudian diserang panik.

Berita berkaitan

  • Ezad dibedah akibat Gerd, kini berehat
  • Ezad Lazim masuk hospital, sakit gastrik kronik
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Julai 2021 @ 5:19 PM