Harry Styles dan Olivia Wilde
Harry Styles dan Olivia Wilde
Agensi

PASANGAN selebriti Harry Styles, 26, dan Olivia Wilde, 36, yang kini dikatakan hangat menyulam cinta dilihat meluangkan masa bersama di sebuah restoran di London, baru-baru ini.

Menurut sumber, dia juga melihat kemesraan Styles memegang tangan Olivia ketika keluar daripada restoran berkenaan.

"Mereka dilihat begitu gembira dan meninggalkan restoran itu dengan berpegangan tangan. Mereka serasi bersama.

"Pada pertemuan itu, Styles ada meletakkan tangannya di bahu Olivia sepanjang perjalanan pulang ke rumah wanita itu," kata sumber itu.

Awal Januari lalu, tersebar foto Styles sedang berpegangan tangan dengan Olivia ketika mereka menghadiri satu majlis perkahwinan hingga menjadi perhatian umum.

Keakraban pasangan sejoli itu tidak berakhir di situ, malah mereka turut dilihat bersama di kediaman penyanyi berkenaan di Los Angeles.

Bagaimanapun, hubungan cinta pasangan ini mula menjadi perbualan selepas Olivia mendedahkan secara umum mengenai perpisahannya dengan tunang iaitu Jason Sudeikis.

Olivia dan Sudeikis sudah mengikat pertunangan selama tujuh tahun dan mereka turut memiliki dua orang anak bersama iaitu Otis Sudeikis, 6, dan Daisy Sudeikis yang kini berusia empat tahun.

Aktres itu dikatakan berpisah dengan bekas tunangnya sekitar awal tahun lalu, namun masih menjalinkan hubungan baik dalam menjaga anak-anak mereka.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Jun 2021 @ 1:33 PM