Olivia bersama anjing kesayangannya, Oliver.
Olivia bersama anjing kesayangannya, Oliver.
Agensi 

Los Angeles: Model juga bekas ratu cantik, Olivia Culpo, 29, terkilan apabila terlepas penerbangan selepas anjingnya tidak dibenarkan menaiki pesawat, baru-baru ini.

Olivia dikhabarkan mahu pulang ke kampung halamannya untuk bertemu ibu bapa yang dijangkiti Covid-19, namun syarikat penerbangan JetBlue melarangnya membawa anjing berkenaan.

Pihak JetBlue memberi alasan anjing peliharaannya yang dinamakan Oliver itu tidak dikategorikan sebagai anjing perkhidmatan khas. Hanya anjing yang dilatih khas dibenarkan berbuat demikian.

"Saya pasti bukan saya seorang saja yang menangis tinggalkan lapangan terbang, namun ia adalah pengalaman paling teruk saya pernah lalui. Saya cuma mahu pulang ke kampung," katanya.

Menurut Olivia, dia paling terkilan kerana permohonan membawa anjingnya terbang bersama sudah pun diluluskan sebelum penerbangan berkenaan.

"Apabila kedua ibu bapa dijangkiti Covid-19, saya cuma mahu pulang untuk memberi pertolongan, tiba-tiba anjing saya yang sudah dapat kelulusan dilarang terbang bersama pula.

"Saya tidak mahu jadi orang yang tidak bersyukur dan sentiasa menyokong JetBlue, tapi kali ini saya benar-benar terkilan. Dia (Oliver) sudah banyak kali terbang bersama saya dan tidak pernah menjadi isu pun," katanya.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Ogos 2021 @ 10:16 AM